[Soal Jawab Parlimen] Kanak-kanak bertaraf Bukan Warganegara

13 03 2009

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 11.03.2009


SOALAN:
Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anak-anak tanpa kewarganegaraan yang telah dikesan di seluruh negara dan apakah langkah-langkah bagi membantu anak-anak tersebut untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

JAWAPAN daripada Menteri:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Serdang yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk maklumkan Yang Berhormat, seramai 32,440 orang kanak-kanak bertaraf Bukan Warganegara telah dikesan di seluruh negara dari tahun 2005 hingga 2008. Bagi membolehkan kanak-kanak ini dipertimbangkan taraf kewarganegaraan Malaysia, ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak hendaklah mengemukakan permohonan taraf kewarganegaraan di Jabatan Pendaftaran Negara.

Jabatan Pendaftaran Negara telah mempermudahkan urusan permohonan kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang tiada taraf kewarganegaraan melalui pendekatan seperti berikut: –

1. Mengadakan Program MyDaftar dan Operasi bergerak bertujuan untuk menerima permohonan dokumen pengenalan diri termasuk permohonan kewarganegaraan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti masih ramai yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri;

2. Membuka kaunter perkhidmatan di Ibu Pejabat JPN Putrajaya dan Ibu Pejabat JPN Negeri pada hari Sabtu dan Ahad mulai jam 8 pagi hingga 1 petang; dan

3. Membuka kaunter perkhidmatan pada waktu rehat termasuk hari Jumaat.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: