Penyata Rasmi Dewan Rakyat 4 Mac 2009 berkenaan masalah kekurangan doctor di hospital awam

13 03 2009

Puan Teo Nie Ching [Serdang]minta Menteri Kesihatan menyatakan usaha-usaha kementerian untuk memastikan bahawa ‘houseman’ mendapat latihan yang mencukupi dan doktor-doktor hospital kerajaan tidak bekerja berterusan melebihi 12 jam.

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad]: Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Serdang. Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan houseman atau doktor latihan siswazah mendapat latihan yang mencukupi, mulai 2008 kita merubah mana housemanship atau doktor latihan siswazah ini berkhidmat selama dua tahun yang meliputi enam perpetuity, dengan izin masing-masing empat bulan iaitu perubatan, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, surgeri, ortopedik dan perubatan kecemasan. Pegawai perubatan siswazah ini akan dibimbing secara langsung oleh pakar dan kita pun sudah review balik mengenai pengisian buku log yang patut diisi bagi memastikan setiap doktor siswazah ini mendapat latihan secukupnya.

Mengenai saranan Yang Berhormat Serdang bahawa doktor hospital kerajaan tidak bekerja berterusan 12 jam, sebenarnya mereka bekerja macam biasa lapan jam, tetapi seperti biasa orang sakit dia tak ikut waktu. Di waktu-waktu tertentu mereka terpaksa melakukan on call, iaitu 24 jam. Kalau on call 24 jam, esoknya mereka akan dinilai dan bergantung pada pakar jika masa 24 jam itu terlalu berat, ketua jabatan boleh melepaskan beliau selepas tengah hari. Jika tidak, mereka akan bekerja berterusan 24 jam sehingga pukul 4.00 petang esoknya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Serdang.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Okay, mengenai soalan kedua ataupun bahagian kedua saya. Saya telah menerima banyak aduan yang mengatakan bahawa kebanyakan doktor latihan siswazah ini, mereka bekerja berterusan hari pertama hari ini, malam on call dan juga esok kerana kekurangan doktor-doktor ataupun doctor latihan. Saya rasa sampai hujung tahun lepas, bilangan hospital swasta telah meningkat ke 209 buah.

Tambahan pula kementerian telah menerima 55 permohonan untuk membuka hospital swasta dan kita semua tahu gaji di hospital swasta adalah lebih lumayan dan gaji di hospital kerajaan adalah di antara RM4,000 sampai RM10,000 sebulan, tetapi di hospital swasta gaji adalah di antara RM10,000 sampai RM100,000 sebulan. Sebagai akibatnya, 7% doktor pakar pilih untuk bekerja, berkhidmat di hospital swasta di mana mereka hanya berkhidmat untuk 30% pesakit yang mampu untuk membayar untuk harga perubatan yang lebih tinggi.

Jadi saya risau bahawa sekiranya kementerian terus meluluskan permohonan untuk membuka.. [Dewan riuh] sabar sikit, untuk membuka hospital swasta, jadi bagaimana kita boleh memastikan bahawa kita mempunyai kakitangan ataupun doktor-doktor…

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bagi chancelah, budak-budak.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: …yang mencukupi untuk bekerja di hospital kerajaan dan supaya doktor latihan ini ataupun doktor-doktor pakar kita tidak perlu bekerja berterusan lebih daripada 24 jam.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan panjang tapi terkeluar daripada soalan asal. Houseman dia tanya kemudian dia cakap pasal doktor pakar.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Dan doktor-doktor. Itu soalan bahagian kedua saya.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Peraturan 24(3), saya tak perlu jawab dan saya akan jawab dalam penggulungan nanti. Pasal doktor bekerja berterusan ini, itu memang sebahagian daripada training dan cara bekerja. 24 jam kalau on call kemudian esok dia akan bekerja seperti biasa. Itu memang dah amalan daripada azali. [Dewan riuh]

Jadi kalau mereka sama ada di hospital swasta mahupun di hospital kerajaan, kalau mereka rasa teruk bekerja dengan izinlah, saya rasa they are in wrong profession. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa isu tentang doktor on call tadi yang terpaksa bekerja lebih masa ini ialah faktornya kerana masalah kekurangan doktor. Saya bangkitkan perkara ini ialah kita lihat berdasarkan kepada satu kajian, masalah pesakit-pesakit luar ini untuk mendapatkan rawatan menunggu sampai tiga jam ini ialah kerana masalah kekurangan doktor. Ini yang dilaporkan baru-baru ini sedangkan janji kerajaan ialah 30 minit waktu menunggu untuk pesakit luar dan bertambah masalah lagi ialah mereka yang OKU, orang tua, warga emas dan sebagainya.

Jadi, masalah kekurangan doktor ini sebenarnya apakah langkah yang lebih konkrit untuk kita mengatasi masalah ini supaya tidak timbullah doktor bila berlaku bencana dan sebagainya, maka kita terpaksa wajibkan doktor ini melakukan on call dan satu lagi ialah tentang security. Ini terkeluar sikit ini, minta maaf ya, sebab kita dapat SMS tentang kalau nak tengok gambar orang dibedah yang mengaibkan, yang ini saya rasa kenapa tidak dapat dikawal dan dihantar kepada telefon kita kalau nak tengok gambar-gambar mungkin wanita sedang diperiksa dan sebagainya.

Saya rasa ini adalah langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh pihak hospital, sebab ini sebenarnya betul-betul privasi yang perlu diatasi oleh pihak hospital. Jangan mengaibkan pesakit termasuklah pembedahan dan pemeriksaan doktor terutama kepada golongan wanita. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, mengenai kekurangan doktor, kita adalah service provider sementara yang mengeluarkan doktor adalah universitiuniversiti bukan di bawah kontrol Kementerian Kesihatan. Ekoran daripada itu, kita berhadapan dengan isu kekurangan doktor. Itu realiti. Ekoran daripada itu, Kabinet sudah bersetuju supaya kita ambil pegawai-pegawai perubatan bukan pakar, pegawai perubatan daripada luar negara. Sekarang perkara ini sedang diperincikan. Kita nak ambil 1,000 pegawai perubatan, dengan demikian, kita boleh mengurangkan beban menunggu kepada pesakit kita. Mengenai privasi, soalan terkeluar. Saya bincang dengan Yang Berhormat Batu Pahat di luarlah.

Penyata rasmi Dewan Rakyat ini dipetik dari laman Web Parlimen Malaysia


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: