[Bernama] Kerajaan Cadang Ambil 1,000 Pegawai Perubatan Bukan Pakar

6 03 2009

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — Kerajaan bercadang mengambil 1,000 pegawai perubatan bukan pakar dari luar negara bagi mengatasi masalah pesakit luar yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

“Kabinet telah bersetuju untuk mengambil pegawai perubatan bukan pakar dari luar negara, ini sedang diperincikan.

“Dengan demikian kita boleh mengurangkan beban menunggu kepada pesakit,” kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad ketika menjawab soalan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Mohd Puad dalam soalannya ingin tahu mengenai kajian berhubung masalah pesakit luar yang terpaksa menunggu rawatan lebih tiga jam berikutan kekurangan doktor sedangkan kerajaan berjanji bahawa masa menunggu adalah dalam tempoh tiga jam sahaja.

Terdahulu ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) mengenai usaha kementerian bagi memastikan doktor pelatih mendapat latihan mencukupi dan doktor di hospital kerajaan tidak bekerja berterusan melebihi 12 jam, Dr Abdul Latiff berkata kerajaan sedar pegawai perubatan siswazah perlu diberi latihan mencukupi untuk merawat pesakit.

“Bagi isu kerja lebih masa pula, ia adalah satu keperluan tetapi budi bicara boleh dilakukan bagi membolehkan doktor yang bekerja lebih masa berehat dengan kebenaran ketua jabatan masing-masing,” katanya.

Berita dipetik dari Bernama.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: