[Soal Jawab Parlimen] Kos Pembinaan dan Penyelenggaraan Lebuhraya Sungai Besi

25 02 2009

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN  : LISAN
TARIKH  : 19.02.2009


SOALAN:
Y.B. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah pinjaman syarikat konsesi, kos bagi pembinaan, kerja-kerja penyelenggaraan, operasi, “maintaince cost” dan sebagainya yang ditanggung oleh syarikat konsesi bagi pembinaan Lebuhraya Sungai Besi.

JAWAPAN daripada Menteri:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk maklumkan ahli berhormat, pemegang konsesi bagi Lebuhraya Sungai Besi adalah Syarikat Besraya (M) Sdn. Bhd. (BESRAYA). Lebuhraya ini telah dibina pada tahun 1996 dan beroperasi pada tahun 1999. Secara keseluruhannya, jumlah pinjaman bagi Besraya adalah sebanyak RM532.1 juta.

Untuk makluman ahli yang berhormat, kos pembinaan projek lebuhraya ini adalah sebanyak RM509 juta.

Kos penyenggaraan rutin yang telah dibelanjakan sehingga tahun kewangan Mac 2008 adalah sebanyak RM30.13 juta dengan purata sebanyak RM3.01 juta setahun sepanjang 10 tahun beroperasi. Manakala kos penyenggaraan besar (heavy maintenance) / naiktaraf yang telah dibelanjakan setakat ini adalah RM93.36 juta.

Kos operasi yang telah dibelanjakan bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM36.88 juta.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: