[Berita Harian] Cadangan bagi ringankan beban ekoran keadaan ekonomi global

25 02 2009

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia bersama beberapa agensi lain sedang mencari jalan supaya rakyat negara ini yang hidup di bawah garis kemiskinan akibat pemberhentian kerja diberi bantuan ihsan.

Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kerajaan berpendapat bantuan berkenaan sedikit sebanyak mampu meringankan beban pekerja diberhentikan, terutama dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.

Katanya, kerajaan juga memutuskan supaya pengambilan pekerja asing di sektor pembuatan terutama elektrik, elektronik, tekstil, pakaian dan perkhidmatan dibekukan bagi mengatasi masalah pembuangan pekerja tempatan.

“Sebagai galakan kepada majikan, kerajaan membuat keputusan supaya levi pekerja asing dikembalikan kepada majikan sebagai insentif, selain jaminan bank akan dipulangkan secepat mungkin,” katanya.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) yang ingin tahu mengenai langkah proaktif kerajaan dalam membantu pekerja dipecat akibat krisis ekonomi ketika ini.

Katanya, antara langkah membantu pekerja diberhentikan ialah dengan mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Pekerja pada peringkat kebangsaan dan negeri serta menyediakan 80 bilik operasi pemantauan.

Berita ini dipetik dari Berita Harian.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: