[Sinar Harian] Usul rasuah wang ditolak

21 02 2009

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berang apabila usul rasuah wang yang diterima oleh wartawan ketika pilihan raya Kuala Terengganu pada 16 Januari lalu ditolak oleh Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah kelmarin.

Beliau berkata usul yang diajukan ialah menyatakan arahan siapa pegawai bertugas yang memberikan sampul surat mengandungi RM300 kepada wartawan di Pusat Media Kuala Terengganu pada tarikh berkenaan dan apakah tindakan atau siasatan yang telah ataupun akan diambil ke atas insiden berkenaan.

“Saya meminta supaya soalan yang diusulkan dijawab semalam, tetapi diberitahu bahawa ia ditolak oleh Dewan Rakyat dengan alasan soalan berkenaan bertentangan dengan undang-undang 23 (1)(c) bagi Arahan Tetap.

“Undang-undang itu menyebut bahawa usul yang ditanya di Dewan Rakyat tidak mengandungi sebarang hujah, pendapat, nama julukan atau mengelirukan, ironi atau serangan dan remeh, bagaimanapun soalan saya bercanggah dengan undang-undang tersebut,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini Setiausaha Media Kementerian Penerangan pernah menafikan perkara tersebut dan mendakwa tidak pernah mengarahkan mana-mana pegawai memberikan wang imbuhan kepada wartawan.

“Namun kenyataan tersebut tidak begitu meyakinkan kerana apabila bertanya kepada kakitangan di pusat media berkenaan wang itu, mereka tidak memberikan jawapan yang relevan.

“Oleh yang demikian kementerian berkenaan disarankan berbuat sesuatu dengan memberikan satu tuntutan jawapan kepada orang ramai supaya dapat membersihkan nama kementerian itu sendiri.

“Selain itu mereka juga perlu membuat satu inisiatif untuk menyiasat perkara ini, mengenal pasti siapa yang bertindak memberikan wang kepada wartawan berkenaan, ini semua adalah untuk membuktikan bahawa kerajaan menentang rasuah,” katanya

Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memutuskan untuk tidak menyiasat kes ini kerana tiada mempunyai alasan kukuh berikutan wartawan berkenaan gagal mengenal pasti nama kakitangan yang terlibat.

Berita ini dipetik dari Sinar Harian


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: