[Sinar Harian] Ahli Parlimen tunggu kelulusan LLM

13 02 2009

SERDANG PERDANA – Kelulusan Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) berhubung jalan susur masuk dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban ke Seksyen 5, Serdang Perdana di sini masih dinanti-nantikan hampir 20,000 penduduk di kawasan berkenaan.

Difahamkan, jalan susur keluar dari Serdang Perdana ke lebuh raya yang sama sudah disiapkan dan mulai dibuka kepada orang ramai sejak empat hari lalu.

Bagaimanapun, jalan susur masuk berkenaan masih belum dibina berikutan masih tidak mendapat kelulusan permit kerja daripada LLM.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata, projek pembinaan jalan masuk dari lebuh raya berkenaan dimulakan sejak tahun 2006 dan hanya siap awal tahun ini.

Menurutnya, beliau mempersoalkan pihak terbabit kerana mengambil masa begitu lama bagi pemberian kelulusan permit kerja untuk jalan keluar ke lebuh raya walaupun difahamkan permohonannya dihantar sejak empat tahun lalu.

“Saya difahamkan, kita tidak dapat membina dan membuka jalan keluar dari Seksyen 5 Serdang Perdana berikutan masih menunggu kelulusan permit daripada pihak berkenaan.

“Disebabkan banyak desakan penduduk yang sudah bertahun menanti pembukaan jalan itu, saya akan menulis surat kepada LLM untuk bertanyakan perkembangan berhubung perkara itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Beliau berkata, kini hanya simpang tiga yang menghubungkan Lebuh raya KL-Seremban dengan Serdang Perdana dan daripada kawasan perumahan sekitar ke Lebuh raya Bukit Jalil sahaja boleh digunakan pengguna laluan itu.

“Ia bermakna pengguna boleh menjadikan laluan berkenaan sebagai jalan masuk dari lebuh raya namun ia tidak mempunyai jalan keluar. Justeru, saya memohon kelulusan dapat diberikan segera dan jalan berkenaan dapat digunakan oleh penduduk serta pengguna jalanr aya yang terpaksa melalui Serdang Raya sementara laluan keluar masih belum diwujudkan,” katanya.

Kata Nie Ching, pembinaan jalan sepanjang 550 meter itu menelan belanja hampir RM5.5 juta dan dibiayai sepenuhnya oleh tiga pemaju.

“Kos itu merangkumi kesemua pembiayaan termasuk lampu jalan dan semua kemudahan yang terletak di persimpangan terbabit,” katanya ketika meninjau keadaan jalan yang masih belum siap itu..

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Datuk Adnan Md Ikhsan

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, pihaknya menggesa pihak berwajib itu menyegerakan kelulusan untuk kontraktor menjalankan kerja-kerja akhir pembinaan simpang keluar itu.

Menurutnya, ramai penduduk yang membuat aduan berhubung perkara itu dan mendesak pembukaan jalan keluar ke lebuh raya berkenaan bagi mengelakkan kesesakan di Serdang Raya pada waktu puncak.

“Sebagai kerajaan Pakatan Rakyat, kita amat prihatin terhadap masalah ini apatah ia membabitkan keperluan dan kemudahan rakyat,” katanya sebelum merasmikan pembukaan jalan tersebut.

Berita ini dipetik dari Sinar Harian


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: