Pertanyaan untuk Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-12

2 02 2009

Below are the questions submitted for the 1st Parliament sitting of 2009 which scheduled to convene from Feb 16 until Mac 19. Your comments are welcome. n_n 

PERTANYAAN UNTUK MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS  

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada surat Puan bertarikh 12 Januari 2009. Dikemukakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dan jawab bertulis untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Puan.

Jawab Lisan

1.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan atas arahan siapa pegawai bertugas memberi sampul surat yang mengandungi RM300 kepada wartawan-wartawan di pusat media Kuala Terengganu pada 16 Januari 2009 dan apakah tindakan/siasatan yang telah ataupun akan diambil ke atas insiden ini. – 17/2/2009

2.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan “Sexual Harrassment Bill” dan bila bil tersebut akan dibentangkan.  – 18/2/2009

3.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah pinjaman syarikat konsesi, kos bagi pembinaan, kerja-kerja penyelenggaraan, operasi, “maintenance cost” dan sebagainya yang ditanggungkan oleh syarikat konsesi bagi pembinaan Lebuhraya Sungai Besi. – 19/2/2009

4.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang telah ataupun akan diambil untuk membantu pekerja-pekerja yang dipecat dalam krisis ekonomi ini. – 24/2/2009

5.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan kes denggi dan “suspected” denggi di seluruh Malaysia sejak 2000 hingga sekarang. 25/2/2009

6.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada Kementerian akan mewujudkan insurans kesihatan nasional dan sekiranya ya, bila. – 3/3/3009

7.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kesihatan menyatakan usaha-usaha Kementerian untuk memastikan bahawa houseman mendapat latihan yang mencukupi dan doktor-doktor hospital kerajaan tidak bekerja berterusan melebihi 12 jam. – 4/3/2009

8.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah anak-anak tanpa kewarganegaraan yang telah dikesan di seluruh negara dan apakah langkah-langkah untuk membantu anak-anak tersebut untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia. – 11/3/2009

9.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pelajaran menyatakan perkembangan pembangunan 6 buah SJK (C) baru pada 30 Januari 2008 sejak Julai 2008. – 17/3/2009

10.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan usaha-usaha Kementerian untuk memenuhi komitmen Kerajaan untuk menyediakan 1 % daripada jumlah jawatan kepada orang kurang upaya dan dalam jangkaan Kementerian, bilakah komitmen tersebut boleh dicapai. – 19/3/2009

Jawab Bertulis 

11.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pertahanan menyatakan sama ada Kementerian berniat mengganti kereta perisai Condor yang dikira sudah usang lama untuk meningkatkan mobiliti dan perlindungan terhadap askar dan bilangan Condor yang masih sesuai beroperasi.
 
12.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pertahanan menyatakan berapa kali perairan dan ZEE Malaysia dicabul dalam pecahan negara asal, jenis kesalahan yang terlibat dan ancaman maritim yang jangka dihadapi oleh Malaysia sekarang dan pada masa depan.
 
13.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pertahanan menyatakan sama ada Pelabuhan Klang mempunyai Environmental Radiation Monitoring System untuk mengesan kebocoran radioaktif dan apakah laporan dan tindakan kerajaan terhadap kebocoran bahan radioaktif Kapal Selam Nuklear USS Houston pada tahun 2006.
 
14.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan pembinaan Sekolah Menengah Confusion di Taman Puncak Jalil, Serdang dan bilakah sekolah tersebut boleh dipakai guna.
 
15.  Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah Kerajaan akan meratifikasi “Rome Statute of International Criminal Court” dan kesulitan untuk meratifikasi statut tersebut.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: