Kertas Cadangan Meminta Kebenaran drp Jiran utk Membela Anjing di Kawasan Pentadbiran MPSJ

17 01 2009

Dear all,

I attach the following working paper for your kind perusal.

I would appreciate it if you could kindly provide your feedback to me as soon as possible since the Meeting for J/K Kesihatan is held on this coming Monday.

DARIPADA
JABATAN KESIHATAN

TAJUK : KERTAS CADANGAN MEMINTA KEBENARAN DARIPADA JIRAN UNTUK MEMBELA ANJING DI KAWASAN PENTADBIRAN MPSJ


1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mensyaratkan pemilik anjing, meminta kebenaran jiran untuk membela anjing di premis masing-masing di kawasan pentadbiran MPSJ.

2.0 LATAR BELAKANG DAN SITUASI SEMASA

Anjing belaan boleh menimbulkan masalah kacauganggu kepada jiran-jiran seperti bising dan bau sekiranya anjing yang dibela tidak diselenggara atau dilatih dengan baik. Jabatan Kesihatan MPSJ menerima banyak aduan mengenai kacauganggu anjing jiran setiap tahun.Jadual di bawah menunjukkan jumlah bilangan aduan anjing jiran yang telah diterima oleh pihak Majlis sepanjang tahun 2005 sehingga 2008.

TAHUN BIL. ADUAN
2005 452
2006 390
2007 515
2008 610

3.0 OBJEKTIF

– Mendapatkan kebenaran daripada jiran sebelum membela anjing.
– Memelihara hubungan baik sesama jiran.
– Menjamin ketenteraman awam.
– Mewujudkan sikap toleransi.

4.0 CADANGAN PROGRAM

Jabatan Kesihatan mencadangkan supaya sebelum lesen anjing dikeluarkan pemilik anjing terlebih dahulu perlu meminta kebenaran jiran dengan mengemukakan bukti kebenaran jiran secara bertulis (tanda tangan jiran dan sokongan) disamping mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing (MPSJ) 2007 seperti mengemukakan pemeriksaan dan suntikan oleh doktor haiwan.
Bil Jenis Rumah Kedudukan Rumah Kelulusan Jiran
1. Rumah Teres Di lot tengah Sebuah rumah jiran sisi kiri, kanan, depan dan belakang
Di lot tepi Sebuah rumah jiran kiri/kanan, depan dan belakang
2. Rumah Bunglow Sebuah rumah jiran sisi kiri kanan, depan dan belakang
3. Rumah semi-D Sebuah rumah Jiran sisi kiri, kanan, depan dan belakang
4. Rumah apartment / Flat

(Tingkat bawah sahaja) Spt dibawah UUK Pelesenan Anjing MPSJ 2007

Di lot tengah Sebuah rumah jiran sisi kiri, kanan, depan, belakang dan atas
Di lot tepi Sebuah rumah jiran sisi kiri/kanan, depan, belakang dan atas.

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: