[Sinar Harian] Pergerakan cerun kritikal

12 01 2009

KAJANG – Satu langkah segera bagi mengatasi masalah keretakan rumah yang semakin hari semakin kritikal ini adalah menstabilkan semula cerun bukit berdekatan perumahan penduduk di sini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman berkata, pergerakan cerun berhampiran didapati merbahaya dan boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja dan perlu diselenggara segera.

Menurutnya, faktor utama penyebab masalah itu berlaku adalah kerana aliran air di bahagian atas cerun tidak disalirkan dengan sempurna lalu mengakibatkan limpahan air menyerap ke dalam cerun dan memberikan tekanan pada kestabilan cerun dan juga kekuatan ‘crib wall’ yang dibina.

“Keadaan ini juga telah menyebabkan berlakunya pergerakan tanah sehingga menyebabkan longkang di kawasan perumahan tersebut telah menjadi sempit akibat pergerakan yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian selepas mempengerusikan mesyuarat bersama penduduk dan berberapa wakil jabatan berkaitan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching; Ahli Majlis MPKj, Mohd Shafie Ngah dan Tan Boon Wah, pemaju, persatuan penduduk TBM, kerajaan negeri dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Hasan berkata, peruntukan sebanyak RM1 juta diperlukan jika pembinaan paip horizontal dan ‘soil nails’ perlu dilakukan bagi menstabilkan dan mengukuhkan lagi cerun berkenaan.

Menurutnya, pembinaan paip horizontal di setiap ‘berm’ adalah untuk memastikan limpahan air tidak diserap ke dalam cerun dan tindakan ini dapat mengurangkan tekanan pada kestabilan cerun serta kekuatan ‘crib wall’.

“Manakala, pembinaan beberapa siri ‘soil nails’ di berkenaan adalah untuk mengembalikan kestabilan seterusnya bertindak sebagai pasak untuk menghalang cerun daripada runtuh.

“Bagi mengelakkan kejadian hakisan maka tanaman rumput akan dilakukan semula dan segala tanaman kontang yang telah ditanam penduduk setempat akan dibersihkan dan ditebang semuanya,” katanya.

Sementara itu, wakil Ikram, Ir Md Rozi Shaari pihak Ikram telah menjalankan siasatan mengenai keretakan rumah yang berlaku itu adalah berpunca daripada aliran air bawah tanah.

“Sememangnya terdapat tanda-tanda awal pergerakan tanah telah dikenal pasti berikutan telah menyebabkan longkang menjadi sempit tetapi kami tidak boleh memberikan satu tempoh bila ia akan runtuh,” katanya.

Menurut Md Rozi, siasatan akan terus dijalankan dan laporan akan dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan selepas itu berikutan mereka masih mahu menjalankan kajian di salah sebuah rumah di sini pada 12 Januari ini.

Wakil pemaju, Teo Guan Kiang berkata penduduk sekitar yang terlibat perlu berpindah supaya tidak berlaku sebarang kecederaan nyawa jika runtuhan berlaku sehubungan itu kami mengutamakan pemindahan mereka terlebih dahulu.

Menurutnya, cerun tersebut perlu diperbaiki terlebih dahulu masalah ini tidak berulang lagi kelak bukan dengan membina semula rumah yang retak masalah akan selesai dan keadaan tidak semudah itu.

“Jika kami sebagai pemaju merobohkan rumah yang mengalami kerosakan dan membinanya semula sedangkan cerun tersebut tidak diperbaiki keadaan tetap menjadi sama dan tiada sebarang perubahan,” katanya.

Berita ini dipetik dari Sinar Harian


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: