DAPSY Serdang membantu pemilik rumah di Taman Bukit Mewah untuk berpindah rumah

2 01 2009

HARI PERTAMA TAHUN 2009

Ahli Parlimen Serdang menganggotai 15 ahli DAPSY untuk membantu Pemilik Rumah Taman Bukit Mewah untuk Pindah Rumah

LATAR BELAKANG: KERETAKAN DAN KEROSAKAN RUMAH TERES 1 TINGKAT DI JALAN BUKIT MEWAH 20 DAN 21, TAMAN BUKIT MEWAH

  1. Masalah ini mula dikesan oleh penduduk taman di Jalan 20 & 21, Taman Bukit Mewah Fasa 1 pada akhir Disember 1999. Banyak siri mesyuarat yang telah diadakan antara pihak-pihak berkenaan.
  2. Pada tahun 2003, MPKj telah melantik Kumpulan IKRAM Sdn Bhd untuk menjalankan kajian ke atas rumah-rumah tersebut, dan seterusnya mencari punca keretakan. Tetapi, pihak pemaju enggan untuk menanggung kos pembiayaan jurutera perunding IKRAM.
  3. Dalam mesyuarat EXCO MTES, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000.00 bagi menjalankan penyiasatan untuk mengesan punca keretakan rumah dan cadangan pembaikan sistem perparitan sedia ada.
  4. Pada Mac 2005, berdasarkan kajian yang dibuat, di antara punca masalah dikenal pasti adalah terdapat laluan air bawah tanah yang bermasalah dan bahagian bawah rumah tersebut juga tiada tanah dan kosong;
  5. Wakil IKRAM memaklumkan kos pembaikan adalah sebanyak RM480,000.00 pada masa itu.
  6. Pada September 2005, MPKj melantik kontraktor bagi menaiktaraf sistem perparitan di bahagian cerun dan mengalihkan laluan air dari pembangunan bahagian atas dengan kos sebanyak RM136,485.00.
  7. Pemaju enggan membaiki kerosakan rumah-rumah tersebut kerana taman perumahan tersebut telah melebihi 10 tahun diduduki. Tetapi Pemaju bersetuju untuk memberi dana RM140,000.00 bagi mengatasi masalah ini.
  8. Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang telah bersidang pada 2/1/2008 telah meluluskan pengecualian syarat pembinaan 20% rumah kos rendah, 20% rumah kos sederhana rendah dan 10% rumah kos serdahana (lot 1058 & 1059, Mukim Cheras)
  9. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal yang dihadiri oleh MPKj, pemaju, IKRAM dan pemilik rumah telah diadakan pada 19/2/2008 dan memutuskan bahawa: –

    a) No. 20, Jalan Bukit Mewah 21,
    b) No. 22, Jalan Bukit Mewah 21,
    c) No. 24, Jalan Bukit Mewah 21, dan
    d) No. 17, Jalan Bukit Mewah 20,

    Akan dirobohkan dan dibina semula, dan yang selebihnya akan dibaiki secara berperingkat.

  10. . IKRAM perlu menjalankan ujian Proba ke atas rumah no. 17. Surat arahan kepada Pemilik rumah no. 17 (En Ramli) telah dikeluarkan pada 26/6/2008.
  11. . Semasa saya melawat Taman Bukit Mewah pada 19/12/2008, saya telah menasihati En Ramli untuk berpindah secepat mungkin.
  12. . En Ramli telah mengambil keputusan untuk berpindah pada 1/1/2009. Saya telah membawa lebih kurang 15 orang anggota DAPSY Serdang dan DAPSY Hulu Langat serta sebuah lori untuk membantu beliau. Turut hadir termasuk Ahli Majlis MPKj Lee Ah Seng dan Tan Boon Wah.
  13. . Pada masa yang sama pihak saya telah menekan MPKj untuk mengambil tindakan secepat mungkin dalam “Full Board Meeting” melalui ahli-ahli majlis.
  14. . Setakat ini MPKj telah mengeluarkan satu surat yang bertarikh 30/12/2008 kepada pemilik-pemilik rumah untuk mengarahkan mereka untuk berpindah ke Seksyen 16, Bandar Baru Bangi secepat mungkin.
  15. . Walau bagaimanapun, kos perpindahan rumah dan penyewaan rumah belum ditentukan lagi. MPKj akan mengadakan mesyuarat dengan pemilik-pemilik rumah pada masa yang akan datang. Saya menyeru supaya semua pemilik rumah boleh melapangkan masa untuk menghadiri mesyuarat yang penting ini.

Disediakan oleh ,

Teo Nie Ching
Ahli Parlimen Serdang

Place: Jln Bukit Mewah 20, Fasa 1, Tmn Bukit Mewah, Kajang

Attendants: DAP’s Member of Parliament for Serdang, Ms Teo Nie Ching, Tan Boon Wah (MPKj local councilor from DAP), Lee Ah Seng (MPKj local councilor from DAP), members of Serdang DAP Socialist Youth (Serdang DAPSY) , all together around 20 persons.

Owner of the house: Encik Ramli

Caption of the pictures: En Ramli’s house is going to collapse due to seepage of underground water. DAPSY members were helping him to move house.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: