[Sinar Harian] Runtuhan tebing sungai makin kritikal

1 01 2009

KAJANG – Penduduk berhampiran tebing Sungai Jelok di belakang panggung wayang lama dekat sini terancam dengan keadaan runtuhan tebing sungai yang didakwa semakin kritikal dan boleh meranapkan rumah yang berada di situ.

Tinjauan Sinar Harian mendapati salah sebuah rumah di tebing tersebut telah roboh sebahagiannya dan hampir menyembah ke bumi waima keadaan ini boleh mengundang bahaya kepada penghuninya.

Penghuninya, Chen Kon Min mendakwa keadaan ini telah menghantui penduduk sekitar lebih daripada setahun dan semakin hari hakisan tebing semakin menjadi-jadi terutamanya ketika hari hujan.

Menurut Kon Min, beliau telah mendiami kediamannya itu lebih daripada 50 tahun dan terpaksa berpindah ke rumah lain untuk sementara waktu bagi menjamin keselamatan mereka sekeluarga.

“Pada asalnya, runtuhan tebing ini berlaku sedikit sahaja dan lama-kelamaan ia semakin melarat sehingga menyebabkan salah sebuah rumah dekat sini runtuh malah pada tahun ini sahaja banjir telah berlaku sebanyak tiga kali.

“Sebanyak 7 unit rumah telah didirikan di sini tetapi kini hanya tinggal 4 unit sahaja yang masih berpenghuni berikutan kejadian hakisan tanah ini. Malah ada di antara mereka telah berpindah ke tempat yang lebih sesuai,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Hadir sama bagi meninjau keadaan penduduk setempat ialah Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan beberapa wakil daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). 

Berita ini dipetik dari Sinar Harian.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: