Projek pembangunan di kawasan cerun bukit kelas 3 dan kelas 4 yang diluluskan oleh MPSJ

29 12 2008

1. Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (wakil DAP) En. Pooi Weng Keong meminta Yang Dipertua menyatakan secara terperinci, sejak wujudnya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), berapakah kelulusan projek pembangunan (siap atau sedang dalam pembinaan) sudah diberi bagi kawasan pembangunan cerun atau bukit yang meliputi kawasan bahaya iaitu kelas 3 dan kelas 4 di dalam kawasan MPSJ?

Jawapan :-  

Semenjak wujudnya MPSJ pada 1997, terdapat 18 permohonan pembangunan di tanah tinggi telah diluluskan. 2 darinya diluluskan selepas pekeliling mengenai pembangunan tanah tinggi diluluskan oleh MMKN bil 30/2004 bertarikh 8 Disember 2004. 8 projek pembangunan tersebut telah siap dibina dan diduduki dan 10 projek dalam pembinaan. (senarai pembangunan di tanah tinggi dilampirkan).

Secara umumnya, garis panduan dan akta berkenaan pembangunan tanah tinggi telah lama ada, tetapi tidak diberi penekanan sehinggalah kejadian tanah runtuh di Higland Towers seperti ketinggian melebihi 25° perlu menyediakan laporan EIA dan sebagainya.

Dari segi perundangan pula, contohnya, Seksyen 21A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memperincikan tentang kandungan dalam Laporan Cadangan Pemajuan yang perlu dikemukakan beserta Pelan Susun Atur, iaitu antaranya butiran tentang topografi, kontur, geologi, bentuk semula jadi dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, tiada garis panduan terperinci mengenai pembangunan yang dibenarkan di Kelas III dan Kelas IV sehinggalah MMKN meluluskan pekeliling Pembangunan Tanah Tinggi pada tahun 2004.

Pekeliling tersebut antara lain menyatakan pembangunan di tanah tinggi yang berkecerunan melebihi 25°, iaitu kecerunan Kelas III tidak boleh dibuat, dan sekiranya ingin dilaksanakan perlu menyediakan laporan EIA dan mendapat ulasan dari JMG serta mendapat kelulusan dari IKRAM. Selain dari itu, pekeliling tersebut juga menyatakan pembangunan yang melebihi 3 tingkat adalah tidak dibenarkan sama sekali bagi projek pembangunan tanah tinggi.

Sehubungan dengan keputusan tersebut, satu Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi atau Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ditubuhkan bagi menilai semula pembangunan projek di kawasan tanah tinggi dan mengambil langkah-langkah pembaikan seperti penanaman pokok dan pemeliharaan anak-anak sungai.

2. Adakah MPSJ mengenalkan sebarang kaedah atau syarat-syarat kepada pemaju-pemaju bagi mengatasi kemungkinan peruntuhan berlaku?

Jawapan :-

Terdapat 3 cara :-

1. Semasa Permohonan

i) Pemaju disyaratkan untuk mengemukakan Laporan EIA, Laporan Geoteknikal dan lain-lain dokumen yang diperlukan oleh JMG dan IKRAM sebelum sesuatu kebenaran Merancang diberikan. Syarat-syarat berkaitan pemotongan tanah, pembinaan dan pemeliharaan cerun dinyatakan syarat kebenaran merancang.

ii) Pemaju juga akan dikenakan syarat pematuhan yang sama mengenai tanah, pembinaan dan pemeliharaan cerun semasa kelulusan kerja tanah.

2. Semasa Pembinaan

i) Pihak urusetia dan IKRAM akan memantau kerja-kerja di tapak. Pihak urusetia akan mengambil tindakan mengeluar notis berhenti kerja dan kompaun kepada pemaju jika terdapat pelanggaran syarat kelulusan kerja tanah. Pihak pemaju akan diminta menyerahkan laporan secara berkala kepada pihak majlis dan pihak IKRAM untuk penilaian dan pemantaunan tapak.

3. Selepas Siap Pembinaan

i) Melalui pelaksanaan system CCC pihak pemaju, perunding dan kontraktor adalah bertanggungjawab kepada kerja-kerja pembinaan cerun.

ii) Selepas kawasan cerun diserahkan kepada majlis (bagi tanah rezab kerajaan), Unit Cerun Jabatan Kejuruteraan akan membuat pemantaun berkala terhadap kawasan cerun manakala Jabatan Perkhidmatan Bandar membuat kerja-kerja pembersihan kawasan.

iii) Bagi kawasan cerun di bawah hak milik persendirian termasuk perbandaran pengurusan (hak milik strata) di bawah tanggung jawab mereka.

iv) Pihak Majlis boleh mengeluarkan surat/notis arahan kepada pemilik tanah persendirian untuk menyelenggara cerun di tanah mereka.

SENARAI PEMBANGUNAN DI KELAS III DAN IV DI KAWASAN MPSJ

BIL NAMA PEMAJU NO. LOT LOKASI TARIKH LULUS KOMPONEN PEMBANGUNAN CATATAN
1. Wilayah Builders Sdn. Bhd. 3024 Taman Universiti Indah 8 OGOS
1987
(JPBD/B9/
67/83B/PD)
Rumah Teres Harga Murah 375 Unit, Rumah Pangsa Harga Murah 360 Unit, Rumah Teres Sederhana Rendah 866 Unit,Rumah Pangsa Sederhana Rendah 120 Unit, Rumah Teres 390 Unit, Pangsapuri Kos Sederhana 192 Unit, Rumah Berkembar 58 Unit, Rumah Sesebuah 18 Unit, Rumah Kedai 76 Unit, Kompleks Permiagaan, Stesen Minyak Dan Kilang Teres 105 Unit Pembangunan telah siap dibina
2. Ivana Development Sdn. Bhd. 8371 – 8375, 8382, 8383, 8387, 8388, 8376, 8381, 8386 Taman Bukit Serdang Seksyen 11 9 Jun
2003
(MPSJ.PS(B)
260/1/166)
Rumah Teres 2 ½ Tingkat 145 Unit, Rumah Berkembar 2 Tingkat 50 Unit, Pangsapuri 21 Tingkat 840 Unit Pembangunan telah siap dibina
3. Golden state Development Sdn. Bhd. 7190 Taman Belimbing Indah 16 Januari
2004
(MPSJ.PS.
260/1/135)
Rumah Berkembar 2 Tingkat 14 Unit Dan Rumah Teres 2 ½ Tingkat 25 Unit Pembangunan sudah siap dibina
4. SB Development Sdn. Bhd. 59, 106, 172, 173, 174, 267, 365, 1499 Taman Sungai Besi Indah 3 Jun
1989
(JPBD/B9/
53/89/PD)
Rumah Teres Harga Murah 296 Unit, Rumah Pangsa Kos Murah 300 Unit, Rumah Teres Harga Sederhana 795 Unit, Pangsapuri Kos Sederhana 208 Unit, Kondominium 99 Unit, Rumah Berkembar 56 Unit, Rumah Sesebuah 17 Unit, Rumah Kedai 10 Unit Pembangunan sudah siap dibina
5. Hadfield Land Sdn. Bhd. 3389 Taman Sungai Besi Indah 5 Disember
2000
(MPSJ.PS
(B)260/1/132)
Pangsapuri Kos Sederhana 336 Unit, Pangsapuri Kos Rendah 140 Unit. Sedang dalam pembinaan
6. Rosebower Development sdn. Bhd. 560 Taman Bukit Serdang Seksyen 13 19 Mei
2004
(MPSJ.PS.
260/1/360)
Rumah Teres 2 ½ Tingkat 51 Unit Pembangunan sudah siap dibina
7. Active Height Sdn. Bhd. 3511, 3512, 3513, 3514, 3515 Taman Bukit Serdang seksyen 2 8 November,
2003
(MPSJ.PS.
260/1/150)
Kondominium 315 unit, Rumah Bandar 430 unit Pangsapuri kos rendah 745 unit. Sedang dalam pembinaan
8. Gan Sin Poo Sdn. Bhd. 1355, 1362 – 1366, 1310 Bukit Tandang 26 Januari
2006
Pangsapuri (18-22 Tingkat) 453 unit Kecerunan Kelas III. Sedang dalam pembinaan
9. PNSB, Benua Ehsan Sdn. Bhd. dan Citrasama Sdn. Bhd. Lot 6468 Permatang Kumbang Ditolak oleh JK OSC bertarikh 14 Oktober 2008 Perumahan banglo dan semi-D  
10. Wawasan Indera Sdn. Bhd. Lot 2670, 3403, 3028, 3191, 3193, 2782 dan 4598 Pusat Bandar Puchong 28 Julai
2000
Perumahan teres Siap dibina
11. Pilihan Megah Sdn. Bhd. Lot 549, 550, 553, 555, 652, 817, 820 – 824, 830 – 832, 933, 958, 1163, 3076, 3083, 3085, 3387, 5363 dan PT 9414 Puchong Jaya 29 Mei
1996
Perumahan teres dan banglo Siap dibina. 10% masih belum dibangunkan.
12. Dynamic Management Sdn. Bhd. Lot 1951, 898, 2684, 815 dan 1162 Seri Bayu Apartment, Puchong Jaya 4 Julai
2005
Pangsapuri Siap dibina
13. Lingkaran naga Sdn. Bhd. Lot 1280 – 1282 Bukit Tandang 14 Mac
2005
Pangsapuri perkhidmatan Dalam pembinaan
14. Syarikat Kemajuan Perumahan Negara Sdn. Bhd. Lot 3198 Taman Puncak Kinrara 9 Mei
2001
Perumahan Siap dibina
15. Taman Equine (M) Sdn. Bhd. PT 27418 – PT 27428 Taman Equine 30 Jun
2006
Town Villa Kecerunan Kelas III. Belum dibangunkan.
16. Lagenda Maya Sdn. Bhd. Lot 57711 Puncak Jalil 7 21 Disember
2006
Perumahan banglo Kecerunan Kelas III. Belum dibangunkan.
17. Maxisegar Sdn. Bhd.   Taman Puncak Jalil 3 Julai
2003
Taman Bandar Awam (6.33 ekar) Kompleks Sek. Menengah (1)/Sek. Rendah (2) 10.24 ekar.    

Pangsapuri Kos Sederhana 1340 unit 12.90 ekar

Pangsapuri Kos Sederhana 1350 unit 12.98 ekar

Kecerunan Kelas III. Belum dibangunkan.
18. Abrar Development Sdn. Bhd. PT 39567 – PT 39569 Lestrai Perdana 17 November
2000
Rumah Sesebuah 230 Unit 49.9 Ekar. Rumah Berkembar (40’ x 80’) 442 Unit. 10% rumah telah diduduki, 50% terbengkalai dan sebahagiannya lot masih kosong.

 

    Nota : Pihak urusetia sedang mengemaskini maklumat tanah cerun yang telah siap dibina untuk kerja-kerja pemantauan tapak. Urusetia akan mengemukakan salinan laporan tanah cerun ini kepada semua ahli majlis kelak.

 

Disediakan Oleh:-

Pengarah,

Jabatan Perancangan Bandar


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: