MPSJ lancar program gotong-royong

25 12 2008

Bagi mewujudkan suasana yang lebih bersih dan selamat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melancarkan program Gotong-royong Perdana 2008 di seluruh kawasan pentadbirannya baru-baru ini.

Mendapat kerjasama daripada 24 buah Jawatankuasa Penduduk (JKP), program itu memberi perhatian kepada masalah pembuangan sampah yang boleh mengakibatkan nyamuk membiak serta operasi menurunkan iklan dan kain pemidang haram.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md. Ikhsan berasa amat gembira dengan penyertaan menggalakkan daripada pemimpin serta masyarakat setempat bagi menjayakan program tersebut.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian turut hadir menjayakan program tersebut.

“Biarpun masalah demam denggi telah mencatatkan penurunan yang agak banyak berbanding tahun lepas namun MPSJ tetap tidak berkompromi dalam soal ini.

“Sebagai contoh, pada tahun ini purata 30 ke 40 kes suspek demam denggi dilaporkan seminggu berbanding pernah 150 kes dalam masa seminggu pada tahun lepas,” katanya selepas program gotong-royong tersebut yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Selain itu, beliau berharap golongan peniaga atau agensi pengiklanan tidak meletakkan kain pemidang dan iklan sesuka hati tanpa mendapatkan kebenaran MPSJ.

“MPSJ mahu mewujudkan persekitaran yang lebih sihat serta terurus, oleh itu saya menasihatkan kepada mereka jangan lagi meletakkan iklan di tempat-tempat awam kerana boleh mencacatkan pemandangan,” tegasnya.

Katanya, MPSJ juga akan berbincang dengan setiap JKP bagi mendapatkan penyelesaian berhubung masalah itu.

“Kami akan cuba menyediakan saluran khas kepada peniaga untuk mempromosi kan perniagaan mereka, mungkin kami akan mengadakan papan iklan,” katanya.

Beliau turut menegur segelintir penduduk serta peniaga yang masih gemar membuang sampah merata-rata terutamanya di tepi jalan.

“Tidak ada gunanya jika mereka masih tidak mengubah sikap lama biarpun banyak program sebegini diadakan kerana apa yang kami inginkan ialah kesedaran daripada orang ramai selepas menyertai gotong-royong ini,” katanya.

Pada program berkenaan, setiap zon JKP diberikan 20 batang pokok yang terdiri daripada bucida dan mangga untuk ditanam di kawasan masing-masing.

Berita ini dipetik dari Utusan Malaysia Online.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: