Petikan perbahasan di Parlimen mengenai Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

20 12 2008

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Minta penjelasan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti kejap ya saya habis kejap. Yang Berhormat Pokok Sena menyatakan bahawa keanggotaan suruhanjaya adalah terlalu besar dan terlalu ramai hakim di dalamnya beliau mencadangkan suruhanjaya harus terdiri daripada bekas hakim. Ada yang mengatakan keanggotaan begitu besar, ada yang mengatakan keanggotaan begitu kecil. Keanggotaan telah ditetapkan sedemikian berdasarkan kepada fungsi yang perlu di laksanakan.

Bilangan keanggotaan suruhanjaya ini adalah didapati paling sesuai dengan empat jawatan tertinggi Badan Kehakiman menjadi peneraju utama suruhanjaya. Hakim-hakim ini merupakan orang yang paling arif dalam hal menilai kesesuaian seseorang untuk dipilih ke jawatan yang dimaksudkan. Bekas hakim juga boleh dipertimbangkan sebagai salah satu anggota di bawah fasal 5(1)(f) jika didapati sesuai dilantik oleh orang Perdana Menteri.

Saya habis saya bagi. Yang berhormat Pokok Sena bertanya mengapa Perdana Menteri boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota suruhanjaya tanpa memberi apa-apa sebab. Tidak tepat jika dikatakan Perdana Menteri boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota suruhanjaya. Perdana Menteri hanya boleh membatalkan pelantikan anggota yang di lantik di bawah fasal 5(1)(f), tanpa memberi sebab mengenai pembatalan itu, ini adalah kuasa budi bicara yang diberikan kepada yang orang yang melantik. Walaupun beliau tidak perlu menzahirkan kepada umum tentang sebabnya tetapi adalah penting di fahami mesti mewujud kewajaran dalam membuat pembatalan tersebut kerana kuasa budi bicara membatalkan itu mestilah dijalankan judiciaries.

Yang Berhormat Kuala Krau berpendapat bahawa pensyarah harus boleh menjadi ahli suruhanjaya kerana punya kepakaran dan tiada kepentingan tetapi adakah peruntukan bukan anggota perkhidmatan awam di fasal 5(1)(f) meliputi pensyarah di ITTAR juga. Pensyarah ITTAR bukan anggota perkhidmatan awam di bawah Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan, dengan itu mereka layak dipertimbangkan untuk menjadi anggota suruhanjaya.

Yang Berhormat Ipoh Timur, menyatakan pegawai-pegawai berbangsa Cina di tempatkan di Bahagian Penyemakan dan Penggubalan di Jabatan Peguam Negara, dia nak tahu berapa. Kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur mengatakan benda ini kecik ke apa tak betul Yang Berhormat. Ini kerana pegawai-pegawai yang berbangsa Cina Jabatan Perdana Menteri ditempatkan di semua bahagian di Jabatan Peguam Negara seperti yang berikut mereka semua adalah berjawatan pegawai:

Yang Berhormat Serdang.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan saya tentang mengenai fasal 5(1)(f). Tadi Yang Berhormat Menteri telah mengatakan mengenai bahawa memang lah itu bukan satu kewajipan bagi Perdana Menteri untuk mengambil nasihat daripada Majlis Peguam Malaysia. Jadi soalan saya kenapakah kita mesti kasi semua, beri semua kuasa untuk melantik anggota suruhanjaya kepada Perdana Menteri kenapa tidak boleh kita memberi sedikit kuasa untuk melantik anggota pada NGO-NGO lain seperti majlis Peguam Malaysia. Kerana di sini kita mesti harus memastikan bahawa kebebasan kehakiman dan apabila kita cakap siapa yang akan menjejaskan kebebasan kehakiman, pada kebanyakan masa pihak yang menjejaskan kebebasan kehakiman adalah pihak eksekutif.

Jadi lebih baik sekiranya kita memberikan NGO-NGO lain, NGO-NGO yang berdikari yang bukan daripada pihak Eksekutif untuk melantik beberapa anggota dalam suruhanjaya ini.
 Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Apasal pendek sangat? Tanya panjang panjang sikit. Jadi saya Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat macam ini tanya banyak kali pun tidak apalah. Oh, minta maaf. Perdana Menteri ada, tidak sedar dia ada. Yang Berhormat, kita hendak melantik sesuatu yang dilantik di bawah akta ya, bermakna pelantikan di bawah akta merupakan pelantikan daripada kerajaan. Sebab itu pelantikan itu kena dibuat daripada Perdana Menteri sebagai Chief Executive Officer kerajaan ini. Kalau dikatakan dilantik oleh NGO, nanti karang saya kira mungkin akan berbangkit soal conflict of interest dan juga siapa yang sebenarnya memberi mandat kepada mereka untuk menjadi badan yang melantik ini semua. Jadi tak boleh. Dia mesti seseorang yang melantik itu merupakan orang yang mempunyai mandat. itulah Perdana Menteri.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Ya, saya setuju. Jadi pada pendapat saya, lebih baik kita membuatkan dalam rang undang-undang ini kita empower ambil contoh Majlis Peguam Negara untuk melantik satu orang. Betul tak? Kerana dalam rang undang-undang ini kita mengempower Perdana Menteri kita untuk melantik anggota. Jadi mestilah boleh Perdana Menteri kita mengempower pihak yang lain untuk melantik anggota-anggota yang lain. Dia akan bangkit soal pula mengapa Majlis Peguam. Mengapa tidak daripada pihak-pihak persatuan bekas-bekas hakim kah?

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Bangun]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Mengapa tidak pula daripada bekas pegawai kerajaan ke. Jadi, dia akan berpanjangan kerana justifikasi yang diberi oleh Yang Berhormat supaya empower Bar Council untuk melantik. Justifikasi itu juga akan diguna oleh NGO-NGO lain. Wanita sebagai contoh, katalah wanita orang yang selalu menjadi mangsa kepada jenayah. Jadi mereka pun ada hak juga, jadi tidak ada kehabisan. Maka oleh kerana itulah kita serahkan kepada Yang Berhormat Perdana Menteri sahaja untuk membuat pelantikan ini supaya tidak ada tuntutan-tuntutan yang tidak berputus untuk mendapat empowerment bagi mereka melantik pegawai-pegawai ini. 

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Ya, sekiranya itu jawapan daripada Menteri, soalan persoalan saya, kenapa dalam rang undang-undang ini kita memastikan bahawa Perdana Menteri mesti berunding dengan Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-undang dan sebagainya dan bukan dengan NGO-NGO yang lain. Jadi, pada pendapat saya sekiranya kita dalam rang undang-undang ini, kita boleh cakap menyatakan bahawa Perdana Menteri mesti, harus berunding dengan NGO-NGO ini, mestilah kita boleh mengempower NGO-NGO ini untuk melantik orang, melantik anggota-anggota. Kenapa jawapan yang saya dapat daripada Yang Berhormat Menteri tadi tidak akan berlaku kerana orang NGO-NGO lain juga akan bertanya kenapa hanya berunding dengan NGO-NGO di sini sahaja. Bagaimana dengan NGO-NGO lain. 

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Setakat runding kita bolehlah sebut Majlis Peguam Negara bukan empowerment, setakat runding kerana Bar Council merupakan player di dalam soal kehakiman. Jadi adalah munasabah untuk kita runding, berunding. Runding tak apa, kalau nak bagi power tak boleh Yang Berhormat. Runding tak apa kerana mereka, Bar Council juga mempunyai participation di dalam mahkamah. Jadi mereka juga tahu kerana kita runding dengan dia kerana kita juga akan lantik. Kita terbuka untuk melantik hakim-hakim ini daripada peguam-peguam. Kita tidak boleh lantik hakim daripada doktor. Sebab itu kita tidak runding dengan doktor.

Penyata Dewan Rakyat yang bertarikh 12-12-2008 ini dipetik dari:
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-17122008.final.pdf


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: