Banjir kilat yang berlaku di Taman Indah Batu 11, Cheras

2 12 2008

Untuk perhatian penduduk-penduduk Taman Indah Batu 11, Cheras: –

Memandangkan banjir kilat sering berlaku di Taman Indah Batu 11, Cheras, pihak saya telah meminta pegawai–pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta MPKj untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pada 13 November 2008, pegawai JPS dan 2 orang wakil dari MPKj telah melawat tapak yang sering dilandai banjir. Mereka mendapati bahawa air yang mengalir dari Taman Cheras Perdana dan kawasan kampung yang berdekatan semuanya melalui parit-parit monsun (monsoon drains) dalam Pekan Batu 11, hingga ke Sungai Langat.

Setelah diteliti, pegawai JPS berpendapat bahawa gejala banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan tersebut adalah disebabkan oleh sistem perparitan sedia ada yang tidak sempurna serta aliran air “outlet” pembetungan yang sedia ada terhalang. Oleh demikian, JPS telah dalam surat mereka kepada MPKj bertarikh 20 November 2008 meminta MPKj untuk membuat kajian penyelesaian jangka masa panjang yang menyeluruh ke atas saliran Pekan Balakong Batu 11, bagi menaiktaraf sistem saliran yang sedia ada sekaligus mengurangkan masalah banjir ke tahap yang minimum.

Ahli-Ahli Majlis MPKj, terutamanya Saudara Lee Ah Seng sebagai Ahli Majlis untuk Batu 11 akan menyusuli perkara ini di peringkat MPKj.

Sekian, terima kasih.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: