[Bernama] Usul Potong Gaji RM10 Menteri Pelajaran

27 11 2008

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul pembangkang untuk memotong gaji Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebanyak RM10.

Teo Nie Ching (DAP-Serdang) mengemukakan usul itu kerana mendakwa kementerian gagal membina enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seperti yang dijanjikan.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong semasa menggulung perbahasan usul itu, berkata kerajaan amat memandang berat mengenai perkara yang dibangkitkan dan sedang menjalankan usaha secara berperingkat mengikut lunas undang-undang bagi membolehkan pelaksanaannya disegerakan.

“Memang benar pada 30 Jan lepas kita ada mengumumkan akan membina sekolah SJKC iaitu antaranya di Bukit Serdang, Serdang; Sungai Long, Kajang serta Emerald, Rawang.

“Pada peringkat ini kita sedang mengambil tindakan susulan selepas perkara itu mendapat sokongan dan komitmen penuh kerajaan kerana proses untuk membina sebuah sekolah bukan senang kerana ia membabitkan soal tapak yang sesuai yang membabitkan urusan pengambilan tanah,” katanya.

Persidangan Dewan disambung Khamis.

Berita dipetik dari Bernama.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: