[Bernama] Menurut MITI, Tiada Pelabur Asing Yang Tinggalkan Malaysia

26 11 2008

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Tiada pelabur asing yang dilaporkan memberhentikan operasi perkilangan mereka di Malaysia dan berpindah ke negara lain, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Liew Vui Keong berkata tiada wang yang keluar dari Malaysia bagi tujuan itu.

“Pada tahun ini, tiada pelabur asing yang dilaporkan telah memberhentikan operasi perkilangan mereka dan berpindah ke negara lain,” katanya ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) di sini.

“Jumlah wang yang telah keluar dari Malaysia tahun ini adalah negatif memandangkan tiada pelabur asing yang telah keluar dari negara ini pada tahun ini,” katanya.

Teo telah meminta kementerian berkenaan menyatakan bilangan pelabur asing dan jumlah wang yang telah keluar dari Malaysia pada tahun ini.

“Menurut laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2008, Malaysia, yang walau pun mencatatkan peningkatan kemasukan pelaburan langsung asing kepada RM29 bilion pada 2007, (turut menyaksikan) pengaliran keluar pelaburan asing mencecah RM38 bilion pada masa yang sama,” kata Teo.

Liew berkata bahawa pengaliran keluar pelaburan itu dikenal pasti sebagai pelaburan rentas sempadan di mana syarikat-syarikat Malaysia mengambil kesempatan untuk melabur di luar negara.

“Ini adalah satu perkara yang amat positif bagi negara ini,” katanya.

Sementara itu, Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) meminta kementerian itu menyatakan strategi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk ke rantau Asean.

Liew berkata antara langkah yang diambil termasuk mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang liberal dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.

Katanya kerajaan juga memberi tumpuan kepada industri berteknologi tinggi dan menggalakkan syarikat asing yang beroperasi di Malaysia untuk menukarkan dan mempelbagaikan operasi mereka dengan menawarkan insentif-insentif fizikal.

Selain itu, kerajaan telah melancarkan lima koridor pembangunan ekonomi di Malaysia untuk lebih menarik minat pelabur asing.

Berita dipetik dari Bernama.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: