[Bernama] RM1.3 Bilion Urus Pejabat Perwakilan Malaysia Di Luar Negara

19 11 2008

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Kira-kira RM1.3 bilion digunakan untuk membiayai kos operasi 105 pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara sejak 2004 hingga Jun tahun ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata seramai 440 pegawai dan kakitangan kementerian itu berkhidmat di kesemua pejabat perwakilan berkenaan sehingga bulan lepas.

Jumlah itu meliputi pegawai daripada kumpulan Pengurusan Tertinggi, pengurusan dan profesional dan kakitangan kumpulan sokongan, manakala bilangan kakitangan ambilan tempatan (KAT) adalah seramai 1,350 orang, katanya dalam jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Selain itu, katanya, sejumlah 421 orang pegawai dan kakitangan sokongan daripada 19 kementerian dan agensi kerajaan antaranya Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Jabatan Imigresen Malaysia turut sama berkhidmat di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad sekali lagi menjelaskan bahawa kementerian masih berada dalam fasa terakhir merangka draf Rang Undang-Undang Amalan Perdagangan Adil.

Rang undang-undang itu dirangka bagi mengelak ketidakberkesanan pasaran yang telah menyebabkan wujudnya aktiviti monopoli, oligopoli dan pelbagai jenis kartel dan juga amalan perdagangan yang tidak adil yang seterusnya dapat memudaratkan pengguna, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang).

Article taken from Bernama.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: