[Soal Jawab Parlimen] Issue berkenaan Akta Amalan Perdagangan Adil (FTPA)

18 11 2008

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 18.11.2008

SOALAN: Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan sama ada Akta Amalan Perdagangan Adil (FTPA) akan meliputi undang-undang yang berlandaskan prinsip persaingan terbuka dan apakah impak Akta ini terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang kini memonopoli pasaran tempatan.

JAWAPAN daripada Menteri:

Tuan Yang Dipertua,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kini berada dalam fasa terakhir merangka draf Undang-Undang Amalan Perdagangan Adil. Objektif Rang Undang-Undang ini dirangka adalah bagi mengelakkan ketidakberkesanan pasaran yang telah menyebabkan wujudnya aktiviti monopoli, oligopoli dan pelbagai jenis kartel dan juga amalan perdagangan yang tidak adil yang seterusnya dapat memudaratkan pengguna.

Draf Rang Undang-Undang Amalan Perdagangan Adil ini telah dirangka berlandaskan prinsip-prinsip undang-undang persaingan iaitu antaranya bagi menggalakkan dan melindungi persaingan di pasaran, melahirkan para pengusaha yang dinamik serta berdaya saing tinggi, menyediakan peluang-peluang pasaran yang adil dan kompetitif untuk perniagaan serta mencegah amalan-amalan anti-persaingan yang wujud bukan sahaja melibatkan pasaran di negara ini, malah turut meliputi mana-mana amalan anti-persaingan yang dijalankan di luar tetapi memberi impak kepada ekonomi domestik.

Tuan Yang Dipertua,

Kenyataan yang menyebut GLC kini memonopoli pasaran tempatan adalah kurang tepat. Ini adalah kerana, GLC hanya menyumbang sebanyak lebih kurang 36% daripada modal saham Bursa Malaysia dan dari segi guna tenaga, GLC menyumbang lebih kurang 5% dari guna tenaga Malaysia.

Selaras dengan objektif Rang Undang-Undang Amalan Perdagangan Adil, mana-mana individu atau pengusaha yang menyalahgunakan kuasa dominan mereka, maka, tindakan akan diambil berlandaskan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Rang Undang-Undang ini.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: