[Soal Jawab Parlimen] Bilangan, lokasi & kos pengoperasian kesemua Perwakilan Luar Negara

18 11 2008

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 17.11.2008

SOALAN:  YB Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan bilangan, lokasi dan kos pengoperasian kesemua pejabat Perwakilan Luar Negara dan juga bilangan kakitangan mengikut gred perkhidmatan di pejabat-pejabat tersebut.   

JAWAPAN daripada Menteri:

Tuan Yang Dipertua,

Sehingga Oktober 2008 terdapat seramai 440 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Luar Negeri sedang berkhidmat di 105 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Daripada jumlah tersebut, 17 orang pegawai adalah daripada kumpulan Pengurusan Tertinggi, 143 pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional dan 269 adalah kakitangan Kumpulan Sokongan. Manakala jumlah Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) adalah seramai 1350 orang. 

Selain daripada itu juga, sejumlah 421 orang pegawai dan kakitangan sokongan daripada 19 lain-lain Kementerian/Agensi, antaranya seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Jabatan Imigresen Malaysia turut sama berkhidmat di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. 

Untuk makluman juga, jumlah keseluruhan Perwakilan Malaysia di luar negara adalah sebanyak 105 buah. Lokasi dan jumlah Perwakilan Malaysia di luar negara mengikut rantau adalah seperti berikut: –

Benua Afrika  – 5 Suruhanjaya Tinggi; dan
                 8 Kedutaan Besar.  

Benua Amerika  – 1 Suruhanjaya Tinggi;
                 8 Kedutaan Besar;
                 3 Konsulat Jeneral; dan 
                 1 Perutusan Tetap. 

Asia Tenggara  – 2 Suruhanjaya Tinggi;
                 8 Kedutaan Besar;
                 4 Konsulat Jeneral; dan
                 2 Konsulat.  

Asia Timur  – 4 Kedutaan Besar;
                 4 Konsulat Jeneral; dan
                 1 Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia. 

Asia Barat  – 12 Kedutaan Besar; dan
                  2 Konsulat Jeneral.

Asia Tengah  – 2 Kedutaan Besar. 

Asia Selatan  – 4 Kedutaan Besar; dan
                 4 Konsulat Jeneral.

Eropah   – 1 Suruhanjaya Tinggi; 
                 21 Kedutaan Besar;
                 1 Perutusan Tetap;
                 1 Konsulat Jeneral; dan
                 2 Pejabat Perhubungan. 

Pasifik Selatan  – 4 Kedutaan Besar; dan
                 1 Konsulat Jeneral.

Manakala jumlah keseluruhan perbelanjaan atau kos yang digunakan oleh semua Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara semenjak tahun 2004 sehingga kini (sehingga 30 Jun 2008) adalah sebanyak RM1,364,554,908.55.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: