Penyata Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 4 November 2008 berkenaan Golongan Kurang Upaya

18 11 2008

Menteri Sumber Manusia [Datuk Dr. S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu mengenai Kementerian Sumber Manusia di dalam perbahasan berkenaan Bajet 2009. 

Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Batang Sadong telah membangkitkan perkara-perkara berkaitan dengan peluang-peluang yang diberi kepada OKU untuk mendapat pekerjaan dan tentang upah minimum. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya prihatin terhadap golongan-golongan lemah seperti golongan OKU dan sehubung itu kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi membantu golongan ini mendapatkan latihan kemahiran. 

Bagi meningkatkan lagi peluang pekerjaan kepada golongan OKU, KSM telah memperkenalkan sistem pendaftaran pekerjaan khusus untuk OKU iaitu SPOKU dan melalui sistem ini pendaftaran OKU sehingga hingga kini adalah 10,135 orang dan sehingga September 2008 seramai 7,235 orang OKU telah berjaya ditempatkan di dalam pelbagai bidang pekerjaan. Majikan yang mengajikan OKU diberikan insentif seperti pemotongan gaji berganda terhadap gaji yang dibayar kepada OKU dan pemotongan cukai ke atas OKU atas kos yang dibelanjakan bagi menyediakan prasarana atau pembelian peralatan untuk kemudahan OKU. Kementerian pun telah memperkenalkan skim bantuan galakkan perniagaan Orang Kurang Upaya… 

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Minta penjelasan. 

Datuk Dr. S. Subramaniam: Saya akan beri peluang selepas habis tajuk saya okey? Untuk membantu usaha OKU sejak dilancarkan sehingga ini sebanyak 1,153 usahawan OKU telah menerima bantuan sebanyak RM5.5 juta dan telah menawarkan 530 peluang pekerjaan baru kepada golongan OKU. Selain daripada itu kementerian telah melancarkan program home working. Ia dilaksanakan secara community based dan bekerja di rumah dan fasa pertama projek ini telah dijalankan di Klang dan membabitkan tujuh syarikat dengan penyertaan seramai 730 orang. 

Berkaitan dengan isu latihan untuk OKU di Pusat Latihan Samarahan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Batang Sadong. Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran akan bantu pusat latihan berkenaan supaya program latihan yang dijalankan memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau NOSH dan dengan usaha ini pusat latihan tersebut boleh ditauliahkan supaya semua pelatih berpeluang memperoleh Sijil Kementerian Malaysia atau SKM. 

Beberapa buah institut latihan di bawah KSM juga telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan peluang latihan kepada OKU dalam bidang kemahiran sistem computer dan rangkaian komputer di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu, Kangar dan ADEC Batu Pahat. Latihan diberikan secara percuma dan yuran juga dikecualikan. Pelajar OKU juga diberi wang saku lebih kurang RM300 sebulan. Saya beri tadi siapa yang tanya? Okey. 

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Banyak terima kasih. Saya ingin minta sedikit penjelasan kerana menurut angka yang saya ada sehingga Mac 2007, KSM telah menempatkan seramai 6,799 orang OKU dalam sektor pekerjaan. Selepas 15 bulan iaitu setakat 30 Jun 2008 sebanyak 7,104 OKU telah berjaya ditempatkan dengan pekerjaan. Dengan maksud lain dalam satu bulan KSM hanya dapat menempatkan OKU sebanyak lebih kurang 20 orang atau 22 orang dalam sektor pekerjaan. 

Itu adalah satu angka yang begitu kecil dan rendah memandangkan di dalam Negara kita, sekurang-kurangnya kita mempunyai lebih kurang 233,939 orang OKU dalam negara ini. Jadi saya ingin bertanya kepada Menteri KSM sama ada angka-angka lain supaya kita boleh menolong golongan OKU untuk mendapat satu pekerjaan supaya mereka boleh hidup secara berdikari. Itu sahaja, terima kasih. 

Datuk Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Yang Berhormat. Jumlah yang didaftarkan dengan kita sehingga September 2008, cuma 10,135 sahaja dan mungkin ada golongan OKU yang tidak mendaftar dengan kementerian.  

Saya minta Yang Berhormat kalau Yang Berhormat tahu tentang OKU yang ada di mana-mana tempat yang perlukan bantuan, tolong daftarkan mereka dengan kementerian. Ini supaya kita boleh memberi mereka bantuan bukan sahaja dari segi mendapat kerja tetapi di dalam memberi latihan kepada mereka dan menawarkan bantuan untuk mereka melalui skim bantuan galakan perniagaan. Di mana kita beri geran kepada mereka supaya mereka boleh memulakan satu perniagaan di mana kerja boleh diberi kepada golongan OKU juga. Terima kasih.

Penyata rasmi Dewan Rakyat ini dipetik dari laman Web Parlimen Malaysia .


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: