[Soal Jawab Parlimen] Perkhidmatan Bas-Bas Perjalanan Panjang

23 10 2008

SOALAN: Y.B. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Keperasi menyatakan peratusan perkhidmatan bas-bas perjalanan panjang yang mengikut jadual, terutama bas-bas perjalanan panjang yang bertolak dari Perhentian Bas Pudu Raya dan pendekatan Kementerian untuk meningkatkan servis bas-bas perjalanan panjang.

JAWAPAN daripada Menteri:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini terdapat sebanyak 81 buah syarikat bas ekspres yang beroperasi di Hentian Puduraya. Syarikat-syarikat tersebut menjalankan operasi di 147 laluan di sepanjang Lebuh raya Utara – Selatan. Dari jumlah laluan tersebut, sebanyak 106 laluan atau 72% merupakan laluan panjang yang melebihi 300 km.

Bagi meningkatkan perkhidmatan bas-bas ekspres perjalanan jauh, terdapat beberapa langkah yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian yang antaranya seperti berikut:-

(i) Mewajibkan penggunaan pemandu kedua bagi bas yang melakukan perjalanan melebihi 300km sehala atau pemanduan melebihi 4 jam secara berterusan selain menyediakan buku log bagi merekodkan butiran perjalanan;

(ii) Mewajibkan pengusaha memasang peralatan GPS (Global Positioning System) bagi bas ekspres baru bagi memudahkan pihak syarikat bas memantau perjalanan bas mereka;

(iii) Melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan dan menekankan aspek self regulatory terhadap pengusaha seperti melaksanakan kod amalan SHE (safely, Health, Environment) yang antaranya ialah bertujuan mewujudkan pengurusan fleet yang cekap oleh pihak pengurusan syarikat untuk mengurangkan risiko kemalangan jalanraya;

(iv) Melaksanakan piawaian antarabangsa atau bersamaan bagi pembinaan badan bas dan operasi perkhidmatan;

(v) Menggalakkan pemodenan perkhidmatan bagi kecekapan kos operasi seperti e-ticketing dan NGV; dan

(vi) Mewujudkan pemandu yang profesional dan beretika melalui program latihan bersepadu yang akan dilaksanakan oleh GIATMARA Sdn Bhd.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: