[Harian Metro] 81 syarikat bas ekspres beroperasi di Puduraya

23 10 2008

DEWAN Rakyat semalam diberitahu, sebanyak 81 syarikat bas ekspres beroperasi di Hentian Puduraya pada masa ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Menurutnya, syarikat bas berkenaan menjalankan operasi membabitkan 147 laluan di sepanjang Lebuh raya Utara-Selatan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 106 laluan atau 72 peratus laluan panjang yang melebihi 300 kilometer.

“Bagi meningkatkan perkhidmatan bas ekspres perjalanan jauh, beberapa langkah akan dilaksanakan kementerian antaranya mewajibkan penggunaan pemandu kedua bagi bas yang melakukan perjalanan melebihi 300 kilometer (km) sehala atau pemanduan melebihi empat jam secara berterusan selain buku log bagi merekodkan butiran perjalanan.

“Mewajibkan pengusaha memasang peralatan GPS (sistem pengesanan global) bagi bas ekspres baru bagi memudahkan pihak syarikat bas memantau perjalanan bas mereka,” katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang).

Berita ini dipetik dari Harian Metro.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: