[Soal Jawab Parlimen] Kebajikan Golongan Kurang Upaya

14 10 2008

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN  : LISAN
TARIKH  : 14.10.2008

SOALAN:  Y.B. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

a) bilangan OKU yang diupah oleh sektor swasta dan bilangan OKU yang diupah oleh Kerajaan; dan

b) bilangan OKU yang berniaga dan pendekatan Kerajaan untuk meningkatkan jumlah-jumlah ini.

JAWAPAN daripada Menteri:

Tuan Yang Dipertua,  

a)    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa menggalakkan OKU untuk hidup berdikari dan pelbagai usaha telah dijalankan bagi membantu OKU bekerja di sektor awam, sektor swasta mahupun memulakan perniagaan sendiri.  

Sehingga akhir Ogos 2008, bilangan OKU yang bekerja di sektor swasta ialah seramai 7,180 orang, manakala bilangan OKU yang bekerja di sektor awam pula sehingga bulan April 2008 adalah seramai 581 orang. 

b)   KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menggalakkan OKU melibatkan diri dalam perniagaan. Antara kemudahan yang disediakan oleh JKM termasuklah menyediakan Geran Pelancaran berjumlah RM2,700.00 seorang sekali gus (one-off) bagi menggalakkan OKU menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan atau perusahaan kecil-kecilan. Bilangan OKU yang menerima Geran Pelancaran bagi memulakan perniagaan sehingga bulan Mac 2008 adalah seramai 17 orang melibatkan peruntukan sebanyak RM42,400.00.  

Bagi OKU yang telah berjaya memulakan perniagaan, Kementerian menggalakkan OKU tersebut memohon kemudahan-kemudahan yang disediakan di bawah Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) yang disediakan di bawah Jabatan Tenaga Kerja sebagai galakan OKU mengembangkan lagi perniagaan mereka. 

Selain itu, usaha-usaha yang dijalankan bagi menggalakkan penglibatan OKU dalam perniagaan adalah dengan mengadakan seminar bersama beberapa agensi kerajaan seperti MARA, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta pihak institusi kewangan bagi memberi pendedahan dan maklumat kepada OKU tentang peluang-peluang perniagaan dan kemudahan kredit.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: