[Vox Populi] So what Pendatang / Penumpang?

7 09 2008

~ Lee Wee Tak

Jika ahli politik nak meleraikan perpaduan rakyat Malaysia dengan gelaran pendatang dan penumpang, soal saya adalah “so what?”

Bapa saya dilahir di Malaysia dan datuk saya datang daripada Fujian Province. Saya rasa saya adalah rakyat Malaysia. Saya memiliki IC, paspot serta bayar cukai Malaysia. Bahkan pejabat tanah pun ada catatan bahwa saya memiliki harta tanah di Malaysia. Bila say berada di Hong Kong, orang kulit kuning sana panggil saya “Orang Malai” (orang Melayu).

Bapa dan mak saya telah bekerja sebagai pekerja kerajaan Malaysia sampai bersara. Saya pun membayar cukai yang masuk dalam dana kerajaan untuk banyak kegunaannya termasuk bikin masjid, beli kapal selam, bayar kroni dan sebagainya.

Adakah semua pendatang orang kelas dua? Adakah penumpang patut dicemuhi?

Amerika Syatikat negara yang paling kuat di dunia ini. Tengok tokoh mereka, Albet Einstein, Carl Lewis, Michael Jackson, Michael Jordan, JF Kennedy, Halle Berry, Bill Gates, Thomas Edison, Alan Greespan, Bakri Musa tak larat bilang semua. Semuanya keturunan pendatang, semuanya bukan berasal di tanah Amerika. Tanpa mengira warna kulit, tumpu sahaja kepada kerja-kerja mencipta nilai, hasil dan pembaharuan maka AS jadi negara terkuat kini.

Tak suka contoh negara syaitan besar? Tak apa. Cristiano Ronaldo, Petr Cech, Frenando Torres adalah pendatang di Manchester United, Chelsea dan Liverpool. Fabregas pula kat Arsenal. Tanyalah semua peminat kelab-kelab tersebut di England atau di Malaysia, si pendatang itu perlu dihalau tak?

Di Malaysia yang kuat persoalkan isu pendatang, dasar kerajaan pun mengelirukan. Suka pelaburan asing tak? Suka. Suka pelancong asing tak? Suka. Ambil jurulatih asing untuk badminton, bolasepak, bowling tak? Ada. Ada dapat kejayaan tak? Ada. Ada Malaysia My Home 2 tak? Oh tentu ada. Ada pekerja asing tak? Ooi angka bukan kepalang sama ada kolar biru, putih ataupun bogel. Ya-lah, Hospital Saiful pun mengupah doctor Myanmar. Ada penuntut asing di institusi pengajian tinggi tak? Ada, sumber rezeki-kot. Hambali pakar bom dapat sijil rakyat tak? Jika tak silap saya dah dapat-kot. Banyak pengundi di Sabah yang bukan lahir sini kan? Saya dengar ada tapi saya tak pasti. Apa yang saya pasti tak ada orang kata mereka penumpang dan pendatang yang tak patut dilayan adil.

Sudahlah, jangan bising kuat tentang asal unsul seseorang itu. Rakyat Malaysia dengan internet harus buka lapangan fikiran dan pemandangan. Yang pentingnya dia itu orang baik atau tidak, berjasa kat masyarakat atau tidak. Dilahir di Malaysia pergi rompak dan rogol memang jahanam dan kurang ajar.

Asyik bising tentang hal yang salah. Soal yang lagi penting dan relevan adalah kemelesetan ekonomi kita, saingan daripada negara lain, pembaziran wang cukai rakyat dan jenayah.

Tengok Singapura budak pukulan kegemaran ahli politik kita ni. Pendapatan rakyat mereka dua kali ganda kita. Jenis makanan di pasaraya mereka lebih segar,lebih banyak pilihan daripada pasaraya kita. Tak perlu beli kereta kerana sistem pengangkutan sangat maju. Jeneyah pun kurang, paling teruk saya dengar adalah seluar dalam perempuan dicuri. Mata wang mereka kuat oleh itu kos impot dan kos melancong mereka murah. Rasuah kurang leh itu dana kerajaan diagih balik kepada rakyat menerusi bonus rakyat. Pulau kecil itu tiada hutan balak, ladang kelapa sawit ataupun telaga minyak tetapi ahli pentadbiran mereka tak buang masa melagakan rakyat ataupun ambil rezeki sampingan.

Saya dah keluar daripada tajuk pendatang atau penumpang kerana isu ini tidak relevan. Apa yang penting adalah lupakan perbezaan perkauman dan menumpukan segala perhatian minda dan sumber tenaga kepada kerja-kerja yang lebih produktif agar kehidupan kita adalah sejahtera dan selesa.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: