[Bernama] Hutang Kerajaan Persekutuan Sebanyak RM266.7 Bilion

26 08 2008

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Jumlah keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Dis 2007 ialah sebanyak RM266.7 bilion, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM247.1 bilion atau 92.7 peratus, membabitkan hutang dalam negeri manakala bakinya sebanyak RM19.6 bilion (7.3 peratus) merupakan hutang luar negeri.

“Hutang luar negeri adalah kecil, selaras dengan dasar kerajaan untuk mengurangkan pinjaman luar bagi mengurangkan risiko pertukaran mata wang asing dan mengutamakan pinjaman daripada sumber domestik,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Teo ingin tahu jumlah wang yang terhutang oleh dan kepada kerajaan serta siapakah pemiutang dan penghutang utama.

Mengenai pihak yang memberi pinjaman kepada kerajaan, Abdullah berkata bagi pinjaman projek, pemiutang terdiri daripada institusi dua hala dan pelbagai hala seperti Bank Pembangunan Islam (IDB), Bank Pembangunan Asia (ADB), Bank Dunia dan Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC).

“Bagaimanapun, bagi pinjaman pasaran yang dibuat melalui terbitan bon, pemiutang sukar ditentukan kerana bon diurus niaga di pasaran setiap hari,” katanya.

Abdullah berkata Kerajaan Persekutuan juga memberikan pinjaman kepada syarikat-syarikat kerajaan, kerajaan negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, koperasi serta pelbagai agensi lain.

Beliau berkata sehingga 31 Dis 2007, jumlah hutang semua pihak berkenaan dengan Kerajaan Persekutuan ialah sebanyak RM50.8 bilion.

Berita ini dipetik dari Bernama.


[Berita Harian] Hutang Kerajaan Persekutuan RM266.7b

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata jumlah keseluruhan hutang kerajaan Persekutuan pada tahun lalu ialah RM266.7 bilion yang terdiri daripada hutang dalam negeri dan luar negara.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, hutang dalam negeri adalah sebanyak RM247.1 bilion atau 92.7 peratus dan RM19.6 bilion (7.3 peratus) adalah hutang luar negara.
“Hutang luar negara adalah kecil selaras dengan dasar kerajaan untuk mengurang pinjaman luar negara bagi mengurangkan risiko pertukaran mata wang asing dan mengutamakan pinjaman daripada sumber domestik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah wang yang dihutang dan siapa pemiutangnya.

Abdullah berkata, pihak yang memberi pinjaman atau pemiutang kepada kerajaan dalam pinjaman projek adalah institusi multilateral dan bilateral seperti Bank Pembangunan Islam, Bank Pembangunan Asia, Bank Dunia dan Japan Bank for International Cooperation (JBIC).

Bagaimanapun, katanya, bagi pinjaman pasaran yang dibuat melalui terbitan bon, pemiutang sukar ditentukan kerana bon diurus niaga di pasaran setiap hari.

“Kerajaan Persekutuan juga memberi pinjaman kepada syarikat kerajaan, kerajaan negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, koperasi serta pelbagai agensi.

“Sehingga 31 Disember 2007, jumlah hutang mereka dengan kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM50.8 bilion,” katanya.

Berita ini dipetik dari laman Web “Berita Harian“.


Untuk bacaan berita-berita berkaitan yang lain, sila klik:

[mSTAR] Hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM266.7 bilion

[New Sabah Times] Hutang kerajaan Persekutuan RM266.7 bilion

[myMetro] Hutang Persekutuan RM266.7 bilion


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: