[Soal Jawab Parlimen] Pengagihan biasiswa kerajaan mengikut komposisi kaum dan kelayakan

14 08 2008

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BERTULIS

SOALAN: Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan biasiswa yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain dan kelayakan akademik serta kegiatan kurikulum setiap pelajar yang telah diberi biasiswa.

JAWAPAN daripada Perdana Menteri:

Tuan Yang Dipertua,

Pada tahun 2007, seramai 7,575 penuntut-penuntut pengajian tinggi di dalam negara dan 1,800 penuntut-penuntut pengajian tinggi di luar negara yang ditaja dengan biasiswa kerajaan.
(a) Jumlah penuntut-penuntut yang mendapat tajaan JPA bagi tahun 2007 mengikut kaum adalah seperti berikut:

JUMLAH PELAJAR YANG DITAWARKAN BIASISWA JPA DI DALAM DAN LUAR NEGARA MENGIKUT KAUM BAGI TAHUN 2007

PROGRAM

BUMIPUTERA

BUKAN
BUMIPUTERA

JUMLAH
KESELURUHAN

Dalam Negara

6,682

893

7,575

Luar Negara

1,170

630

1,800

(b) Kelayakan akademik minimum bagi permohonan Program Ijazah Luar Negara 2007 (PILN 2007) mengikut kursus adalah seperti berikut:

KELAYAKAN MINIMUM BAGI PERMOHONAN PERMOHONAN PILN 2007

BIDANGI KURSUS

KEPUTUSAN SPM TAHUN 2006

Perubatan (Perubatan, Farmasi dan Pergigian)

Mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam 9 mata pelajaran daripada kombinasi subjek yang ditetapkan .

Sains dan Teknologi

Mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam 8 mata pelajaran daripada kombinasi subjek yang ditetapkan (kecuali Program Diploma).

Sastera dan Sains Sosial

Mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam 8 matapelajaran daripada kombinasi subjek yang ditetapkan.

Syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan adalah:
i) Pencapaian akademik -— 70%
ii) Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum -— 10%
iii) Latar belakang sosio-ekonomi keluarga -— 10%
iv) Prestasi temuduga -— 10%

(c) Kelayakan akademik minimum bagi permohonan Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2007 (PIDN 2007) adalah seperti di bawah:

KELAYAKAN MINIMUM BAGI PERMOHONAN PIDN 2007

PERINGKAT KELAYAKAN

KEPUTUSAN

Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)

Memperolehi 2A dalam 7 subjek

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Memperolehi Prinsipal B dalam 4 subjek

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Memperolehi 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI PERMOHONAN PIDN 2007

PERINGKAT
KELAYAKAN

KEPUTUSAN

Sijil Matrikulasi / Diploma

CGPA 3.30

Sijil Foundation / Alpha

CGPA 3.50

Ijazah / Diploma

CGPA 3.50


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: