[Soal Jawab Parlimen] Kos tiga pesawat ARV Eagle yang ditempah oleh kerajaan Malaysia

8 08 2008

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BERTULIS

SOALAN: YB Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keadaan terkini dan kos tiga buah ARV Eagle yang dibangun oleh CTRM dan digunakan oleh TUDM. Adakah projek ini telah terbengkalai dan kerajaan telah mengalami berapa kerugian?

JAWAPAN daripada Menteri:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, kos pembinaan bagi ketiga-tiga pesawat ARV Eagle adalah sebanyak RM47.6 juta termasuk kerja-kerja pembuatan badan dan pembekalan pesawat yang melibatkan peralatan kawalan tanpa juruterbang, stesen kawalan darat (Ground Control Station), stesen penerimaan terasing (Remote Receiving Station), video kamera serta pentauliahan pesawat bagi keupayaan sistem pengawasan udara tanpa juruterbang. Pesawat Eagle ARV ini merupakan produk prototype oleh CTRM yang dibuat khusus bagi tujuan kajian dan pembangunan (R&D) serta telah diserahkan kepada Kerajaan secara berperingkat mulai Ogos 2001 sehingga Julai 2002.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan dalam menerokai bidang pembuatan dan pembangunan pesawat ARV.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: