Pertanyaan untuk Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama Parlimen Ke-12

1 08 2008

Below are the questions submitted for the 3nd Parliament sitting of 2008 which scheduled to convene from August 18 until December 11. Your comments are welcome. n_n

PERTANYAAN UNTUK MESYUARAT KETIGA, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada surat Puan bertarikh 14 Julai 2008. Dikemukakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dan jawab bertulis untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Puan.

Jawab Lisan

1. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah wang ringgit yang telah dipungut oleh syarikat konsesi tol lebuhraya di Serdang setakat ini, bilakah pungutan tol akan ditamat, dan adakah ia akan ditamat apabila jumlah pungutan sudah menjejak angka yang disasarkan seawal-awal lagi. – 20/8/2008

2. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah wang yang terhutang oleh dan kepada Kerajaan serta siapakah pemiutang-pemiutang dan penghutang-penghutang utama. – 25/8/2008

3. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan: –
i) bilangan OKU yang diupah oleh sektor swasta;
ii) bilangan OKU yang diupah oleh kerajaan;
iii) bilangan OKU yang berniaga; dan
iv) pendekatan Kerajaan untuk meningkatkan jumlah-jumlah ini. – 14/10/2008

4. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan peratusan larian bas-bas perjalanan panjang yang mengikut jadual, terutamanya bas-bas perjalanan panjang yang bertolak dari Perhentian Bas Pudu dan pendekatan Kementerian untuk meningkatkan servis bas-bas perjalanan panjang. – 22/10/1008

5. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada 6 SJK(C) baru yang diluluskan pada Januari 2008 adalah sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan modal dan sama ada peruntukan di bawah RMK-9 untuk kos pembinaan sekolah-sekolah tersebut. – 23/10/2008

6. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan peratusan rizab pertukaran asing Bank Negara yang merangkumi USD, EURO dan sebagainya selepas mengecualikan komposisi emas dan SDR, serta kerugian yang telah dialami oleh Bank Negara berikutan kemerosotan nilai USD sepanjang empat suku tahun yang lalu. – 4/11/2008

7. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Akta Amalan Perdagangan Adil (FTPA) akan meliputi undang-undang yang berlandaskan prinsip persaingan terbuka and apakah impak Akta ini terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang kini memonopoli pasaran tempatan. – 13/11/2008

8. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan, lokasi dan kos pengoperasian kesemua pejabat perwakilan luar negara dan juga bilangan kakitangan mengikut gred perkhidmatan di pejabat-pejabat tersebut. 17/11/2008

9. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan pelabur asing dan jumlah wang yang telah keluar dari Malaysia sejak tahun ini. 26/11/2008

10. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah 1782 buah sekolah bantuan kerajaan akan ditukar kepada sekolah kerajaan dan kegunaan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah RMK-9 untuk sekolah bantuan kerajaan setakat ini. – 10/12/2008

Jawab Bertulis

11. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan lawatan kerja, lawatan pemantauan dan juga kehadiran mesyuarat di luar negara yang telah dilakukan oleh YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian sejak bulan Januari 2008, bilangan pegawai yang turut serta jumlah perbelanjaan.

12. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada satu Jawatankusa Pilihan terhadap Undang-Undang Media akan ditubuhkan dan sekira ya, bila dan sekiranya tidak, sebab-sebab.

13. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan pembinaan laluan LRT dari Kota Damansara ke Cheras dan Balakong.

14. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kesihatan menyatakan memandangkan Tabung Bantuan Pesakit adalah untuk pesakit-pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja, apakah pendekatan Kementerian untuk membantu pesakit-pesakit yang menerima rawatan yang tidak dibekal oleh hospital kerajaan di hospital swasta dan hospital luar negeri.

15. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apa perkembangan “Permai Central Transport Hub” dan sama ada PCTH ini akan disiapkan pada 2010 menurut jadual.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: