[Sidang Parlimen 08-07-08] Tuntutan rebat tunai yang hanya boleh dibuat melalui Pos Malaysia

13 07 2008

Dewan Rakyat 08 Julai 2008

Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri mengenai dengan keselamatan sistem pemberian balik rebat ini, kerana di Seremban saya ada satu aduan bahawa beliau pergi ke pejabat pos untuk mendapatkan rebatnya, tetapi rebatnya telah diambil oleh orang lain di Melaka. Jadi, saya rasa ada isu keselamatan di sini kerana ada orang yang mungkin telah menyalahgunakan identiti seseorang untuk mendapatkan rebat itu. Jadi, saya pohon apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak kerajaan supaya memastikan tidak ada orang yang menyalahgunakan identiti seseorang itu? Terima kasih.pos, tetapi kebanyakan dari jumlah yang telah dibayar balik, setakat ini jumlah yang telah dibayar balik ialah RM839.6 juta kepada 1.8 juta penduduk.

Tuan Teo Nie Ching [Serdang]: [Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Isu ini tidak timbul. Ini kali pertama saya mendengar tentang isu yang berhubung dengan salah guna kes ini, tetapi dalam sistem yang ada sebab kita menggunakan IC dan juga check online dengan JPJ, tidak sepatutnya timbul isu ini. Namun, dalam sistem macam mana pun ada juga sekali dua dan itu biasa dan kita akan mengambil tindakan untuk melengkapkan lagi sistem yang wujud.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Serdang bangun

Tuan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta sedikit penjelasan. Saya hendak tahu sama ada Kerajaan Pusat ada membayar apa-apa caj perkhidmatan kepada Pos Malaysia untuk menjalankan tugas ini?

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Belum, kita masih berunding dan saya memberi jaminan caj yang dibayar kita akan pastikan adalah caj yang munasabah.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Sekiranya perlu, bukan sekiranya perlu. Saya akan memberitahu kepada Parlimen ini jumlah caj yang dibayar kepada pejabat pos.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Kita buat secara transparent.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi jalan untuk saya bertanya penjelasan sedikit sebanyaklah.

Mengenai dengan kes ini, bolehkah Yang Berhormat menjelaskan bahawa kenapakah ada banyak syarikat dalam negara kita, Menteri Kewangan ini mesti memilih ECM Libra untuk menguruskan apa yang…

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: ECM Libra tidak ada syer langsung. ECM Libra tidak ada satu syer pun dalam pos.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sekejap.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Saya bagi tahu.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tunggu!

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: ECM Libra tidak ada satu syer pun dalam pos.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya belum habis. Jangan melenting Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Tak, tak. Saya beritahulah sebabnya.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya tahu perkataan ECM Libra ini amat sensitif termasuk menantu pun amat sensitif juga, ya… [Ketawa] Nanti dulu. Kenapa berita ataupun khabar mengenai ECM Libra ini amat hangat mengenai dengan kes road tax ini, refund ini? Kalau ECM Libra tak terlibat, syarikat yang mana terlibat dalam kes ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Tak, tak terlibat Tuan Yang di-Pertua. Itu satu fakta boleh check. Tak terlibat langsung.

Ahli Yang Berhormat Gombak meminta kerajaan menyatakan…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Pokok Sena Yang Berhormat.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Ya?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Isu yang sama Yang Berhormat.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Isu Yang Berhormat, saya kena habiskan dulu.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tak, tak. Saya hendak minta penjelasan orang kampung suruh tanya… [Ketawa] Depa dok keliru Yang Berhormat, adakah rebat ini hanya untuk tahun ini sahaja ataupun ia berterusan sampai selama-lamanya? Itu dia. Depa kata, depa nak minta penjelasanlah sebab tadi Yang Berhormat kata, minyak tak naik dah sampai hujung tahun ini. Hujung tahun ini pun tinggal lima bulan sahaja lagi… [Ketawa]

Jadi, lepas lima bulan tak menentulah. Adakah makna setiap kali harga minyak naik, maka rebat ini akan diberi ataupun rebat ini tetap akan diberikan untuk sepanjang masa?

Dato’ Ibrahim bin Ali [Pasir Mas]: [Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Yang Berhormat Pokok Sena, rebat ini diberi untuk satu cycle dari bulan April hingga hujung bulan Mac 2009, iaitu rebat ini melindungi semua pemilik kereta. Satu cycle dari awal bulan April sehingga hujung bulan Mac 2009.

Kemudian, sama ada kita hendak melanjutkan sistem yang sudah wujud ataupun mencari satu kaedah yang lebih baik untuk memberi bantuan dan subsidi atau pertolongan, itu kita sedang kaji sama ada kita dapat mewujudkan satu sistem yang lebih lengkap, lebih sempurna, lebih adil.

Dato’ Ibrahim bin Ali [Pasir Mas]: Yang Berhormat…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim bin Ali [Pasir Mas]: Soalan sama. Ini bukan soalan orang kampung.

Soalan ini saya sendiri. Saya hendak bertanya Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat sedar, yang dapat rebat ini kereta 2,000 cc ke bawah. Manakala, ada kereta yang dibeli oleh pengguna di mana katakan kereta 2,500 cc hingga 3,000 cc lebih murah daripada kereta yang dibeli oleh pengguna yang 2,000 cc ke bawah. Namun, kereta 3,000 cc ke atas, 2,500 cc ke atas lebih murah daripada 2,000 cc, secondhand, tetapi mereka tak dapat rebat. Ini boleh dipertimbangkan supaya kereta seumpama ini diberikan rebat juga. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat guna berapa cc Yang Berhormat? [Ketawa]

Dato’ Ibrahim bin Ali [Pasir Mas]: Saya guna 2,000 cc ke bawah. Rakyat marhaen.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Okey… [Ketawa]

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih Yang Berhormat. Memang dalam pasaran second hand dengan izin, kereta yang cc tinggi lebih murah dari yang cc rendah, tetapi dalam membuat keputusan, kerajaan boleh membuat satu keputusan yang popular untuk memberi semua 300 cc, 400 cc, tetapi hasil yang dikutip oleh kerajaan begitu terhad dan kerajaan terpaksa membuat satu keputusan dari segi perbelanjaan sama ada hendak beri RM625 ini kepada mereka yang mempunyai kereta besar, tetapi dibeli dengan harga murah ataupun memberi lebih kepada mereka yang mempunyai kereta yang cc rendah.

Macam mana kita membuat keputusan pun, mesti ada yang kritik sebab semua tidak kena, tetapi mengikut kebijaksanaan kerajaan mungkin kaedah yang lain lebih bijaksana, tetapi mengikut kebijaksanaan kerajaan kita berfikir, kita memberi rebat ini kepada mereka yang mempunyai kereta cc yang rendah dan kita anggap…

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: [Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: …Mungkin anggapan itu tak begitu kena tapi kita anggap dalam membuat keputusan bahawa mereka yang mempunyai kereta yang cc tinggi adalah mereka yang mampu membayar harga petrol yang lebih tinggi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Kuala Krai minta penjelasan sikit berkenaan dengan perkara yang sama. Mengenai pembayaran rebat melalui Pos Malaysia ini. Kita dimaklumkan bahawa jumlah rebat yang akan dibayarkan adalah RM5 bilion ya Yang Berhormat? Lebih kurang RM5 bilion dan ada pun dalam peruntukan tambahan yang dimohon, dan saya dimaklumkan bahawa Pos Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, dan mereka mempunyai senarai yang lengkap mengenai rebat-rebat yang bakal dibayar kepada kereta-kereta kerana senarai itu ada kepada Jabatan Pengangkutan Jalan.

Saya hendak minta penjelasan sama ada betul atau tidak bahawa yang diberikan kepada Pos Malaysia adalah satu jumlah mengikut senarai ini, dan ia akan dibayar apabila tuan empunya kereta datang. Jikalau wang itu dibagi sekali dan dianggap sebagai habis akan dibayar, tak kira ada unclaimed atau tidak, ia akan terus tidak dipulangkan. Itu yang pertama.

Yang keduanya, kita dimaklumkan komisen yang diberikan kepada Pos Malaysia adalah sebanyak 1% daripada jumlahnya. Kita bercakap mengenai RM50 bilion Tuan Yang di-Pertua. 1% bagi RM50 bilion ini, RM50 juta dalam masa setahun business Pos Malaysia dapat RM50 juta hanya dengan membayar wang ini kepada orang. Tidakkah ini dirasakan sebagai pengeksploitasian kepada wang rakyat oleh satu-satu syarikat sebegini?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik Yang Berhormat.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Jumlah rebat pada perkiraan terkini Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat ialah RM6.13 bilion. Jumlah ini diberi kepada pejabat pos secara berperingkat-peringkat. Kita tak beri RM6 bilion kepada pejabat pos, kita beri beberapa ratus juta bila habis kita beri lagi.

Dalam tempoh sehingga penghujung bulan Mac tahun depan, kita hanya memanjangkan kepada Pos jumlah yang mereka bayar, satu sen pun kita tidak bagi lebih. Komisennya memanglah bukan 1%, kita pun tidaklah perlu bayar 1% kepada Pos. Caj itu akan ditentukan berasaskan kepada kerja yang akan dibuat. Saya ingin mengesahkan bahawa ia bukan 1% dan caj ini belum ditentukan, sedang dirundingkan. Segala caj yang diberi akan saya beritahu kepada Parlimen. Itu janji saya.

Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: [Bangun]

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: [Bangun]

Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: [Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Saya hendak sambung Saya hendak habiskan…, untuk memberi keadilan kepada…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: …Mereka yang telah banyak berbincang isu-isu…

Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Berkaitan dengan rebet ini, ia telah diumumkan oleh kerajaan dalam konteks apa yang dinamakan penstrukturan semula subsidi minyak dan ia dilandaskan kepada kereta, cc kereta, cycle tahunan dan sebagainya. Namun kalau dasar kerajaan – sebenarnya penstrukturan semula subsidi, malah Ahli-ahli Yang Berhormat yang bijaksana dalam Dewan ini mengatakan bahawa rakyat masih menanggung konsep yang baru, hakikat yang baru, harga minyak yang melambung tinggi dan sebagainya. Jadi, kalau ia penstrukturan semula, kenapakah pemberian ini dikaitkan dengan kereta, dikaitkan dengan cc kereta, dikaitkan dengan maksimum lima kereta? Kenapa tidak diberikan juga kepada orang yang tidak ada kereta atau orang yang menggunakan komuter? Itu barulah pemikiran semula dan penstrukturan semula!

Kenapa tidak diberikan kepada warganegara yang berumur 20 tahun lebih? 21 tahun lebih? Semuanya diberi. Barulah unsur-unsur keadilan itu jelas dan benar-benar pengertian penstrukturan semula. Kalau tidak kita hanya membantu orang yang sudah ada kereta, orang yang banyak kereta dan cc kereta yang tertentu sahaja. Jadi, ketidakadilan itu lebih ketara kalau dibandingkan jika kita beri kepada semua rakyat selepas umur yang sekian dan sebagainya.

Terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Mungkin saya jawab soalan itu kerana banyak juga isu-isu yang berkaitan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat kerana membangkitkan isu ini.

Soal jawab sidang parlimen di atas dipetik dari http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-08072008.pdf .


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: