[Berita Harian] Caj urus rebat belum ditetap

13 07 2008

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum menetapkan caj perkhidmatan yang akan dibayar kepada Pos Malaysia Berhad (PMB) yang mengendalikan pembayaran rebat tunai subsidi minyak kepada pemilik kenderaan persendirian yang layak.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata rundingan akan dibuat bagi memastikan caj perkhidmatan berpatutan diberikan kepada PMB.

“Kita akan memaklumkan perkara ini kepada Dewan Rakyat. Kita akan melakukannya secara telus,” katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi pihak kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) mengenai jumlah caj perkhidmatan akan dibayar kepada PMB bagi mengendalikan pembayaran rebat tunai berkenaan dan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) mengenai keselamatan sistem online Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di pejabat pos.

Nor Mohamed berkata, setakat ini, 1.8 juta pemilik kenderaan persendirian menerima rebat RM800 juta sejak kerajaan mengumumkan pembayaran bagi tuntutan rebat tunai subsidi minyak.

Awal bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2,000cc dan trak pikap serta jip sehingga 2,500cc akan diberi bayaran tunai RM625 setahun yang dikendalikan 686 pejabat pos seluruh negara.

Ketika menjawab pertanyaan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) sama ada pembayaran rebat itu dibuat untuk tahun ini saja atau selama-lamanya, Nor Mohamed berkata, pembayaran berkenaan diberi untuk sekali saja bermula April lalu sehingga akhir Mac tahun depan.

“Sama ada kita nak teruskan dengan sistem sedia ada atau mengkaji sistem lain yang lebih baik untuk membantu orang ramai, kita sedang kaji,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, Petronas tidak memonopoli penjualan gas asli (NGV) di negara ini kerana tiada syarikat lain mahu menyertai bidang itu disebabkan faktor harga.

Beliau berkata, kerajaan mengawal harganya pada kadar 68 sen seliter tetapi harga pasaran ialah RM3.11.

“Sekiranya syarikat lain masuk dalam bidang ini, tiada masalah. Tetapi mereka tidak mahu kerana mereka akan mengalami kerugian.

“Petronas juga menanggung kos besar untuk menyediakan kemudahan dan stesen NGV. Kini ada 173 stesen NGV di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang dan ia akan meningkat kepada 200 menjelang 2010,” katanya.

Berita ini dipetik dari laman Web Berita Harian.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: