[Soal Jawab Parlimen] Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976

9 07 2008

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 09.07.2008

SOALAN: YB Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian merancang untuk menggubal seksyen 95 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 untuk melanjutkan tempoh perintah nafkah seseorang anak supaya meliputi tempoh tambahan yang munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pendidikan tahap tinggi.
JAWAPAN daripada Menteri:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli yang Berhormat Serdang yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seksyen 95 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 memperuntukkan bahawa perintah pembayaran nafkah hendaklah tamat apabila anak it mencapai umur 18 tahun. Kementerian ini memang bercadang untuk meminda peruntukan yang berkaitan dengan pembayaran nafkah seperti seksyen 95 Akta berkenaan. Cadangan ini telah dibentangkan secara extensive oleh Jabatan Peguam Negara bersama-sama dengan agensi kerajaan yang lain dan Badan Bukan Kerajaan.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: