[Soal Jawab Parlimen] 6 Buah SJK (C) baru

8 07 2008

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 08.07.2008


SOALAN:
YB Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status pembangunan 6 buah SJK (C) baru yang terletak di kawasan Bukit Serdang, Sungai Long, Kajang, Rawang dan lain-lain yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Pusat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12.

JAWAPAN daripada Menteri:

Tuan Yang Dipertua,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah meluluskan permohonan pembinaan 6 buah SJK (C) baru pada 30 Januari 2008 di kawasan seperti berikut: –
(i) Wangsa Maju, Kuala Lumpur

(ii) Danga Baru, Johor Bahru

(iii) Bukit Serdang, Selangor

(iv) Kajang, Selangor

(v) Sg. Long, Selangor

(vi) Rawang, Selangor

Pada masa ini, pihak pemohon dan Lembaga Pengelola Sekolah sedang mendapatkan tapak yang bersesuaian untuk projek pembinaan sekolah-sekolah berkenaan. KPM akan memperhalusi pelaksanaan projek pembinaan sekolah-sekolah tersebut khususnya berhubung dengan pemilihan tapak dan lokasi serta kos pembinaan.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: