[Soal Jawab Parlimen] Kos guaman untuk kes pemilikan Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa

2 07 2008

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 02.07.2008


SOALAN:
YB Teo Nie Ching [Serdang] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan butir-butir mengenai kos-kos guaman dan jumlah perbelanjaan yang telah dibiayai oleh Kerajaan untuk kes pemilikan Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
JAWAPAN daripada Menteri Kewangan:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Serdang di atas soalan-soalan yang telah dikemukakan.

Mengenai panel penasihat perundangan antarabangsa yang membantu Malaysia untuk mempertahankan kes kedaulatan ke atas Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), adalah merupakan pasukan yang hampir sama dengan mereka yang telah berjaya membantu negara mengekalkan kedaulatan terhadap Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di Mahkamah yang sama. Tiga daripada panel penasihat undang-undang antarabangsa ini jugalah yang telah membantu negara memenangi kes kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di ICJ pada 17 Disember 2002. mereka yang dimaksudkan adalah Professor Sir Datuk Elihu Lauterpacht dan Professor Datuk James Crawford yang merupakan pakar undang-undang antarabangsa terkemuka Cambridge University. Dua orang pakar lagi yang dilantik untuk kes Batu Puteh ini adalah Professor Marcelo G. Kohen dari Graduate Institute of International and Development Studies, Geneva dan Cik Penelope Nevill dari Cambridge University.

Tuan Yang Di-Pertua,

Pakar perundangan antarabangsa ini dilantik untuk membantu negara dengan segala kepakaran mereka dalam menyediakan kes Malaysia di ICJ serta memberikan nasihat perundangan dan juga bimbingan dalam kerja-kerja penyelidikan berhubung kes ini. Mereka dibayar dengan bayaran yang setimpal dengan kepakaran mereka menurut amalan biasa mana-mana negara yang melantik pakar-pakar perundangan antarabangsa sebegini dan tiada bayaran tetap (retainer fee) yang dikenakan setiap bulan. Purata jumlah bayaran yang telah dibayar kepada seorang pakar perundangan antarabangsa bagi tempoh setahun adalah RM233,041. Dalam hal ini, apa yang lebih penting adalah kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh panel penasihat antarabangsa ini dalam mempertahankan kes Malaysia di ICJ.

Namun perlulah ditekankan bahawa, semasa perbicaraan kes ini yang telah berlangsung dari 6 hingga 23 November 2007 yang lalu, pasukan Malaysia diketuai oleh Y.Bhg. Tan Sri Abdul Kadir Mohamad sebagai agen Malaysia untuk kes ini ke ICJ merangkap Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri kepada Y.A.B. Perdana Menteri, Y.Bhg Dato’ Noor Farida Ariffin, Agen Bersama dan disertai oleh Peguam Negera dan panel penasihat undang-undang antarabangsa serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Laut, Pusat Hidrografi Nasional dan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi bersama-sama mempertahankan hak dan kedaulatan negara sepanjang perbicaraan kes tersebut.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: