[Soal Jawab Parlimen] Pengenaan cukai dan duti yang terlalu tinggi untuk pembelian kereta

1 07 2008

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 30.06.2008


SOALAN:
Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan merancang untuk membatalkan atau mengurangkan cukai-cukai dan duti-duti yang terlalu tinggi untuk pembelian kereta.

JAWAPAN daripada Menteri Kewangan:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan akan mengkaji semula struktur cukai ini khususnya bagi mempastikan komitmen negara dengan negara ASEAN atau negara yang menandatangani perjanjian perdagangan dua hala dapat dipenuhi.

Mengikut Skim Keseragaman Keutamaan Tarif Berkesan (CEPT) di bawah Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), Malaysia mempunyai komitmen untuk menghapuskan duti import ke atas kenderaan bermotor (CBU) menjelang 2010.

Di samping itu, Malaysia juga telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan beberapa negara di mana kadar duti import ke atas kenderaan bermotor telah ditetapkan seperti berikut: –

    Bil. Negara Kadar dan Tahun Kuatkuasa
    1. FTA ASEAN-Korea 0-5% menjelang 2016
    2. FTA ASEAN-China 0-5% menjelang 2018
    3. Japan Malaysian Economic Partnership Agreement (JMEPA) 0% menjelang 2015

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: