[Soal Jawab Parlimen] Bilangan pegawai kerajaan yang didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah

1 07 2008

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 01.07.2008


SOALAN:
Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kakitangan pegawai Kerajaan yang telah didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan pangkat mereka serta status dan perkembangan kes-kes tersebut.
JAWAPAN daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:

Tuan Yang Dipertua,

Dari tahun 2007 hingga April 2008, Badan Pencegah Rasuah telah mendakwa seramai 141 orang pegawai dan kakitangan kerajaan atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997. Dari jumlah tersebut seorang pegawai dari Kumpulan Pengurusan Tertinggi, 33 orang adalah dari Kumpulan Pengurusan & Profesional manakala bagi seramai 117 orang adalah pegawai dari Kumpulan Sokongan. Dalam tempoh berkenaan 2 orang telah didapati bersalah, seorang didapati tidak bersalah, 3 orang dilepaskan tanpa dibebaskan, 3 kes telah ditarik balik dan 132 orang masih dalam perbicaraan.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: