[Soal Jawab Parlimen] Kemungkinan kementerian memansuhkan klausa arbitari termaktub dalam ISA

1 07 2008

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 24.06.2008


SOALAN:
Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Kementerian akan mengikut seruan SUHAKAM untuk memansuhkan klausa arbitari yang terdapat dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 secara khususnya dan di dalam peruntukan-peruntukan lain secara amnya.
JAWAPAN daripada Menteri Dalam Negeri:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Serdang yang mengemukakan soalan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian telah mengkaji secara mendalam akan cadangan dan pandangan oleh pihak SUHAKAM supaya Akta ini dimansuhkan. Namun demikian, buat masa ini Kementerian tidak bercadang untuk memansuhkan mana-mana peruntukkan di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 kerana peruntukkan-peruntukkan sedia ada tersebut masih lagi relevan dan diperlukan bagi tujuan tindakan pencegahan untuk membendung dan menangani kegiatan atau aktiviti yang boleh mengancam dan memudaratkan keselamatan negera.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: