[Sidang Parlimen 26-6-08] Kemajuan cadangan pembinaan terowong di Kajang Utama/Kajang Sentral

27 06 2008

Dewan Rakyat 26 Jun 2008

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching.

Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah kemajuan pembinaan terowong yang telah dipersetujui di Kajang Utama/Kajang Sentral untuk merentasi lebuh raya SILK dan sebab kelewatan untuk pembinaan tersebut.

Menteri Kerja Raya [Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semasa mereka bentuk lebuh raya ini, satu pusingan U telah pun disediakan sebelum plaza tol untuk penduduk-penduduk taman di persekitaran untuk merentasi lebuh raya SILK. Pada masa sekarang penduduk-penduduk dari Taman Kajang Utama boleh merentasi lebuh raya SILK dengan membuat pusingan U sebelum plaza tol Bukit Kajang yang terletak lebih kurang 2km daripada simpang Taman Kajang Utama. Pihak Kementerian melalui Lembaga Lebuh Raya Malaysia sedar dan faham mengenai permintaan penduduk tempatan supaya menyediakan terowong untuk merentasi Lebuh raya SILK ini bagi memudahkan serta memendekkan perjalanan mereka.

Pihak kementerian secara asasnya telah menyediakan lukisan konsep terowong, secara detail nya belum lagi dan pembinaan terowong, dan kita akan jangkakan jikalau kerjanya berjalan di tapak bina, ia akan mengambil masa 18 bulan untuk dilaksanakan, tapi sehingga kini kita masih lagi menunggu kelulusan peruntukan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Serdang.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Datuk Tuan Yang di-Pertua. Saya juga faham bahawa satu pusingan U telah disediakan. Namun sekarang 7,000 penduduk-penduduk Taman Kajang Utama terpaksa menempuh laluan sejauh 5km untuk pergi ke Bandar Kajang sedangkan kawasan perumahan mereka hanya 500m dari Bandar kajang. Pusingan U itu juga adalah amat berbahaya juga kerana kenderaan dipandu dengan laju di lebuh raya itu. Juga nilai
rumah di Taman Kajang Utama telah turun secara drastik. Sekarang ini telah turun sebanyak RM40,000.

Jadi soalan saya ialah sedarkah kementerian bahawa kegagalan kerajaan untuk memasukkan pembinaan terowong ini dalam skop perjanjian konsesi telah mengakibatkan kerugian masa kerugian keselamatan dan kerugian wang. Bila baru kementerian akan bina yang terowong itu, yang ambil masa 18 bulan itu.

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat, pada asalnya apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat mengenai dengan izinlah, teknikal parameternya agak kurang apa ni, kebenarannya. Sebab utama jajaran jalan raya ini bukan jajaran yang lama dinaiktaraf. Dia merupakan jajaran baru.

Yang kedua, kawasan ini dulunya kalau mereka hendak ke Bandar Kajang, dia kena melalui jalan yang dibuat yang kita sifatkan sebagai jalan PBT. Jalan Kerajaan Tempatan. Ia tidak melalui jalan utama. Ini adalah satu jajaran yang dibuat berasaskan prinsip jalan yang betul. Ia bukan merupakan close toll tetapi dia open toll.

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah trafik yang menggunakan laluan balik ke Taman Kajang Utama, data yang terakhir yang saya dapat daripada lembaga lebuh raya pagi ini cuma melibatkan 2000 kenderaan. Alasan mengatakan U-turn yang dibina sebelum jalan tol itu melibatkan tentang aspek keselamatan jalan raya, itu tak benar sebab pusingan U-turn ini bukan dibuat dengan izin after thought, dia satu pusingan yang memang secara reka bentuknya bila dibuat jajaran ini adalah termaktub dalam asas pertimbangan untuk mengadakan lebuh raya ini.

Sesi soal jawab di atas dipetik dari URL http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-26062008.pdf


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: