[Utusan Malaysia] RM25j bagi pembinaan terowong Kajang Utama / Kajang Sentral

26 06 2008

KUALA LUMPUR 26 Jun — Pembinaan terowong di Kajang Utama/Kajang Sentral bagi merentasi Lebuhraya Kajang Silk dianggarkan menelan belanja RM25 juta, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed berkata kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan kerajaan bagi membiayai kos pembinaan terowong di Kajang Utama untuk merentasi Lebuhraya Kajang Silk.

“Permohonan semula peruntukan melalui Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) dibuat pada kajian separuh penggal lepas,” katanya ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) yang ingin tahu mengenai kemajuan pembinaan terowong itu dan sebab kelewatan pembinaannya.

Mohd Zin berkata satu jajaran baru yang menggunakan konsep tol terbuka menuju ke bandar Kajang akan dibina.
Pembinaan Lebuhraya Kajang SILK, yang bertujuan menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang serta kawasan persekitaran termasuk Balakong, Semenyih, Bangi, Sungai Long dan Sungai Chua, turut mempermudahkan laluan ke Putrajaya, Cheras, Semenyih, Sungai Long dan Bangi, katanya.

— BERNAMA

Berita ini dipetik dari Utusan Malaysia.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: