Pandangan saya terhadap Rang undang-undang Akta Ahli Geologi 2008

25 06 2008

AKTA AHLI GEOLOGI 2008

Rang undang-undang Ahli Geologi 2008 telah dibentangkan untuk bacaan kedua dalam sesi parlimen ini.

Dengan membuat sedikit penelitian terhadap rang undang-undang ini, saya ingin mencadangkan beberapa pindaan kepada rang undang-undang ini.
Seksyen 20, 21 dan 22

Seseorang yang mahu supaya didaftar sebagai ahli geologi siswazah berdaftar atau ahli geologi profesional berdaftar atau pengamal berdaftar atau ahli geologi asing berdaftar boleh memohon kepada Lembaga dan permohonan itu hendaklah disokong dengan bukti dokumentar bahawa dia memiliki kelayakan yang dikehendaki di bawah seksyen berkenaan.

Di bawah seksyen 20(7), 21(5) dan 22(6), Pengerusi diwajibkan untuk memberitahu pemohon tentang keputusan Lembaga dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan diterima.

Abad ke-21 adalah satu zaman elektronik. Mengapa Lembaga Ahli Geologi memerlukan tempoh yang begitu panjang untuk mencapai satu keputusan terhadap permohonan pendaftaran? Memandangkan anggota-anggota Lembaga Ahli Geologi telah disifatkan sebagai pekhidmat awam, procedur yang dipakai oleh Lembaga ini mestilah mencerminkan keazaman kerajaan untuk menjadi sebuah kerajaan yang lebih cergas dan berkesan. Oleh yang demikian, saya cadang kepada Kementerian bahawa tempoh ini dikurangkan kepada 45 hari.
Seksyen 46

Seksyen ini memberi perlindungan sepenuhnya dan mutlak kepada Lembaga Ahli Geologi. Seksyen 46(1) ini menyatakan bahawa “tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap Lembaga, seseorang anggota Lembaga, Pendaftar, seseorang Inspektor atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa untuk bertindak untuk atau bagi pihak Lembaga untuk atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini”.

Perlindungan sebegini adalah tidak munasabah dan tidak saksama. “No man is above the law”. Lembaga Ahli Geologi ataupun anggota-anggota Lembaga ataupun agen-agen mereka harus bertanggungjawab atas tindak laku mereka. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa Lembaga ini ataupun anggota-anggota Lembaga ataupun agen-agen mereka tidak menyalahguna kuasa mereka sekiranya mereka tidak boleh dibawa ke Mahkamah?
Seksyen 48

Seksyen 48 menyatakan bahawa mana-mana ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang: –

a) Telah ditolak pendaftarannya boleh Lembaga;
b) Telah didaftarkan tetapi tidak berpuas hati dengan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga;
c) Setelah didaftarkan telah dipotong namanya daripada Daftar menurut perintah yang dibuat oleh Lembaga; atau
d) Tidak berpuas hati dengan apa-apa perintah yang dibuat oleh Lembaga,

boleh merayu kepada Menteri, yang kemudiannya hendaklah membuat keputusan.

Walau bagaimanpun, sekyen 46(3) menyatakan bahawa keputusan Menteri tentang sesuata rayuan adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Subseksyen ini menyingkarkan kajian-semula dalam mahkamah. Pengggunaan klausa penyingkiran boleh memusnahkan hak kepada keadilan dan hak perbicaraan yang adil.

Klausa penyingkaran ini adalah bertentangan dengan konsep asas hak asasi manusia di mana pihak yang terkilan harus diberikan akses kepada mahkamah undang-undang untuk memutuskan permasalahan mereka. Kini klausa ini telah digunakan secara meluas di dalam undang-undang yang berkaitan dengan perkara bukan keselamatan. Ini adalah satu penghinaan terhadap maruah manusia.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah dalam laporan tahunan 2007 mereka mecadangkan supaya kerajaan Malaysia segera memansuhkan klausa arbitari tersebut. Saya ingin menegaskan di sini bahawa perkara-perkara pendaftaran ahli geologi harus tertakluk kepada kajian semula kepada ulasan penghakiman. Oleh demikian, seksyen ini harus dikaji semula.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: