[Bernama] Section 27 Of Police Act 1967 To Be Amended

24 06 2008

The following are the news reports taken from mainstream media regarding Home Minister’s answer on the possibility for government to admend Section 27 of Police Act 1967. Click here to read Ms Teo Nie Ching’s opinion on Minister’s answer.

KUALA LUMPUR, June 23 (Bernama) — The Home Ministry and the police are making efforts to amend Section 27 of the Police Act 1967 which allows the people the right to hold public rallies.

Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said the amendment was in line with proposals by the Royal Commission to Enhance the Management and Operation of the Royal Malaysia Police.

“The proposed amendment to Section 27 provides the criteria and conditions needed to get permits for public rallies,” he said in a written reply to Teo Nie Ching (DAP-Serdang) in the Dewan Rakyat, here Monday.
Teo had asked the Prime Minister whether Section 27 of the Police Act 1967 would be reviewed since it did not specify the criteria and guideline to the conditions needed for permits to hold public rallies to reflect international standards.

Syed Hamid said the ministry agreed that applications for public rally permits must be made nine days before the date of the event and that the decision be made in three days.

“Appeals against rejection can also be made and the State Chief Police Officers will have to reach a decision in two days,” he added.

The article above is taken from Bernama.


[Utusan Malaysia] Kerajaan kaji pinda Seksyen 27 Akta Polis

KUALA LUMPUR 23 Jun – Kerajaan sedang dalam usaha meminda Seksyen 27 Akta Polis 1997 bagi menetapkan secara jelas had tempoh pihak polis perlu memberi jawapan terhadap permohonan bagi menganjurkan perhimpunan awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pindaan itu selaras dengan syor Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantapkan pasukan itu.

“Suruhanjaya ini mengesyorkan supaya diperuntukkan kriteria serta syarat-syarat yang diperlukan bagi tujuan mendapatkan permit perhimpunan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) hari ini.

Ketiadaan had tempoh yang jelas sekarang menyebabkan terdapat kes polis mengeluarkan perintah larangan sejurus sebelum perhimpunan berlangsung sehingga menyebabkan orang ramai masih menghadiri program itu kerana menyangka ia mendapat kebenaran.

Syed Hamid berkata, antara cadangan pindaan itu ialah mensyaratkan permohonan untuk mengadakan perhimpunan awam perlu dibuat sembilan hari sebelum tarikh program.

“Keputusan untuk meluluskan atau tidak perhimpunan ini perlu dibuat pihak polis dalam tempoh tiga hari selepas permohonan.

“Rayuan juga boleh dibuat sekiranya permohonan ditolak dan keputusan rayuan ini perlu dikeluarkan oleh Ketua Polis Negeri dalam tempoh dua hari,” katanya.

Sementara itu, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sudah memotong bekalan air 54,033 pelanggan di Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak Januari hingga Mei ini.

“Ia membabitkan caj pemotongan dan penyambungan semula berjumlah RM1.9 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang).

Menurut beliau, pada tahun lalu, Syabas telah memotong bekalan air 237,655 pelanggan di kawasan sama membabitkan caj berjumlah RM8.2 juta.

“Ia adalah tindakan terakhir terhadap pengguna yang tidak menjelaskan bil air,” ujarnya.

Berita ini dipetik dari Utusan Malaysia Online.


[Berita Harian] Pindaan Seksyen 27 Akta Polis peruntuk hak rakyat anjur perhimpunan awam

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha untuk meminda Seksyen 27 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hak rakyat untuk menganjurkan perhimpunan awam.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pindaan itu selaras dengan syor Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM.

“Cadangan pindaan Seksyen 27 memperuntukkan kriteria serta syarat-syarat yang diperlukan bagi tujuan mendapatkan permit perhimpunan awam,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Teo ingin tahu sama ada Perdana Menteri akan mengkaji semula Akta Polis 1967 terutama Seksyen 27 yang tidak menyatakan kriteria dan panduan kepada syarat yang diperlukan untuk mendapatkan permit perhimpunan dan undang-undang pencegahan bagi mencerminkan piawaian antarabangsa.

Syed Hamid berkata kementerian bersetuju supaya permohonan untuk mengadakan perhimpunan awam perlu dibuat sembilan hari sebelum tarikh perhimpunan diadakan dan keputusan permohonan dikeluarkan dalam tempoh tiga hari.

“Rayuan boleh dibuat sekiranya permohonan tersebut ditolak, dicadangkan juga agar keputusan rayuan itu perlu dikeluarkan dalam tempoh dua hari oleh Ketua Polis Negeri terbabit sebelum tarikh perhimpunan diadakan,” katanya. — Bernama

Berita ini dipetik dari Berita Harian.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: