Pertanyaan untuk Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen Ke-12

11 06 2008

Below are the questions submitted for the 2nd Parliament sitting of 2008. Your comments are welcome. n_n
PERTANYAAN UNTUK MESYUARAT KEDUA, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada surat Puan bertarikh 12 Mei 2008. Dikemukakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dan jawab bertulis untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Puan.

Jawab Lisan

1. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada YAB akan mengkaji semula Akta Polis 1967, terutamanya seksyen 27 yang tidak menyatakan kriteria dan panduan kepada syarat-syarat yang diperlukan untuk mendapatkan permit perhimpunan, dan undang-undang pencegahan bagi mencerminkan piawaian antarabangsa. – 23/6/2008

2. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Perdana Menteri akan mengikut seruan SUHAKAM untuk memansuhkan klausa arbitari yang terdapat dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 secara khususnya dan di dalam peruntukan-peruntukan lain secara amnya. – 24/6/2008

3. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah kemajuan pembinaan terowong yang telah dipersetujui di Kajang Utama / Kajang Sentral untuk merentasi lebuhraya SILK dan sebab kelewatan untuk pembinaan tersebut. – 26/6/2008

4. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan merancang untuk membatalkan atau mengurangkan cukai-cukai dan duti-duti yang terlalu tinggi untuk pembelian kereta. –30/6/2008

5. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan kakitangan pegawai Kerajaan yang telah didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan pangkat mereka serta status / perkembangan kes-kes tersebut. –1/7/2008

6. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan dan memberikan butir-butir mengenai kos-kos guaman dan jumlah perbelanjaan yang telah dibiayai oleh Kerajaan untuk kes pemilikan Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. – 2/7/2008

7. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan status pembangunan 6 SJK(C) baru yang terletak di kawasan Bukit Serdang, Sungai Long, Kajang, Rawang dan lain-lain yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Pusat sebelum pilihanraya ke-12. – 8/7/2008

8. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan sama ada Kementerian merancang untuk menggubal seksyen 95 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 untuk melanjutkan tempoh perintah nafkah seseorang anak supaya meliputi tempoh tambahan yang munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pendidikan tahap tinggi. 9/7/2008

9. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sebab Kementerian enggan membina satu persimpangan bertingkat di Jalan Puchong – Seri Kembangan (Bandar Putra Permai) sebagai jalan keluar masuk ke Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya memandangkan Lebuhraya tersebut melalui kawasan Serdang. – 14/7/2008

10. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan: –

(a) Sama ada perjanjian konsesi antara Kerajaan dengan Litrak akan dikelas semula memandangkan Litrak telah bersetuju untuk mendedahkan perjanjian tersebut; dan

(b) Syarikat-syarikat konsesi yang tidak bersetuju untuk mendedahkan perjanjian-perjanjian mereka. – 15/7/2008
Jawab Bertulis

11. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan dan memberikan butir-butir mengenai kesulitan untuk membebaskan atau mendakwa 70 tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

12. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Minta Menteri Pertahanan menyatakan keadaan terkini dan kos tiga buah ARV Eagle yang dibangun oleh CTRM dan digunakan oleh TUDM. Adakah projek ini telah terbengkalai dan kerajaan telah mengalami berapa kerugian?

13. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan pendekatan jangka pendek dan panjang untuk mengatasi aduan-aduan pekerja-pekerja asing, pelarian-pelarian dan pemohon suaka yang mendakwa tentang penggunaan kekerasan secara berlebihan, layanan buruk semasa serbuan dan ketidakpuasan terhadap keadaan di pusat-pusat tahanan.

14. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan biasiswa yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain masing-masing dan kelayakan akademi serta kegiatan kurikulum setiap pelajar yang telah diberi biasiswa.

15. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan mekanisma-mekanisma untuk memastikan PDRM adalah satu anggota polis yang cekap, amanah dan betul dan status perkembangan penyiasatan ke atas kegunaan kekerasan yang keterlaluan oleh polis ke atas penduduk-penduduk Bandar Mahkota Cheras pada malam 26hb Mei 2008.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: