[Soal Jawab Parlimen] Masalah kesesakan lalulintas di kawasan Serdang

26 05 2008

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 15.05.2008


SOALAN:
Y.B. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada Kementerian menyedari keseriusan masalah kesesakan lalulintas Jalan Besar di kawasan Serdang dan langkah-langkah jangka pendek dan panjang untuk mengatasi masalah tersebut.
JAWAPAN daripada Menteri:

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya memang memandang serius terhadap masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Serdang. Justeru pihak Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya sedang melaksanakan projek menaiktaraf persimpangan Jalan Serdang Raya / Jalan Puchong – Sg. Besi dengan kos pembinaan berjumlah RM15 juta. Status semasa projek tersebut adalah mencapai kemajuan fizikal 25%. Dalam pada itu juga, pihak Kementerian telah mencadangkan pelaksanaan satu projek di dalam kajian separuh penggal RMK-9 di kawasan Serdang di bawah tajuk cadangan menaiktaraf laluan 3215, Seri Kembangan, Selangor. Skop kerja bagi projek tersebut ialah menaiktaraf jalan sepanjang 7km dari persimpangan Jalan Besar Seri Kembangan sehingga ke lebuhraya LDP. Kos projek tersebut ialah RM40 juta. Pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Kerajaan.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: