[PERTANYAAN DEWAN RAKYAT]Jawapan daripada Perdana Menteri mengenai agihan keuntungan Petronas

23 05 2008

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 30.04.2008

SOALAN: Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan senarai projek di mana keuntungan Petronas telah dibelanjakan dan jumlah rezab serta rasional untuk meletakkan keutamaan kepada perbelanjaan tersebut dan bukannya untuk memberi subsidi petrol minyak untuk rakyat.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengagihan keuntungan PETRONAS secara amnya terbahagi kepada 3 kategori iaitu: –
sumbangan kepada Kerajaan (dalam bentuk royalti, dividen, cukai dan duti eksport); agihan kepada pemegang saham minoriti Kumpulan; dan perbelanjaan cukai luar negara serta pelaburan semula dalam indusri petroleum.

Semenjak penubuhannya pada tahun 1974 sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, PETRONAS telah mencatat keuntungan sebanyak RM560.0 bilion. Daripada jumlah ini, PETRONAS telah membayar sebanyak 62.8% atau RM357.8 bilion dalam bentuk cukai, royalti, duti eksport dan dividen kepada Kerajaan Malaysia. Sebanyak 7.2% atau RM41.4 bilion adalah keuntungan yang diperuntukkan kepada pemegang saham minoriti Kumpulan dan perbelanjaan cukai luar negara. Manakala 30% daripada keuntungannya atau RM170.8 bilion digunakan untuk pelaburan semula serta mengembangkan perniagaannya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, wang yang diterima oleh Kerajaan dari PETRONAS sama ada dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai atau dividen dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Yang Disatukan bersama hasil lain yang diterima oleh Kerajaan. Hasil yang terima ini digunakan oleh Kerajaan bagi tujuan berikut: –

perbelanjaan mengurus (termasuk pemberian subsidi ke atas produk petroleum, sektor kesihatan, sektor pendidikan serta sektor pertanian dan lain-lain); dan perbelanjaan pembangunan.

Selain dari sumbangan dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai dan dividen kepada Kerajaan, PETRONAS juga menanggung beban subsidi harga gas kepada sektor elektrik dan bukan elektrik. Sejak Mei 1997 sehingga Mac 2008, subsidi harga gas yang ditanggung PETRONAS adalah kira-kira RM79.0 bilion. Penetapan harga gas yang rendah kepada sektor elektrik telah membolehkan pihak Tenaga Nasioanl Berhad (TNB) mengenakan tarif elektrik yang rendah yang dinikmati oleh kira-kira 5.5 juta pelanggannya.

Tuan Yang Di Pertua,

Pelaburan semula keuntungan adalah kritikal bagi PETRONAS untuk membolehkannya terus meningkatkan usaha-usaha carigali minyak dan gas di dalam Negara, membina dan meningkatkan kapasiti pengeluaran loji-loji penapisan dan pemprosesan untuk memenuhi permintaan bagi minyak dan gas. Langkah ini secara langsung menambah nilai kepada sumber minyak dan gas Negara. Pada tahun kewangan berakhir Mac 2007, umpamanya PETRONAS membuat pelaburan semula bernilai RM21.6 bilion yang mana RM16.2 bilion dalam sektor minyak dan gas manakala RM5.4 bilion dalam hartanah dan khidmat logistic. Dengan pelaburan ini, PETRONAS telah dapat memcatat keuntungan yang baik, yang membolehkannya terus menyumbang kepada Negara melalui pembayaran kepada Kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, duti eksport dan royalti. Oleh itu, pelaburan semula yang dibuat oleh PETRONAS adalah lebih memberi manfaat kepada Negara dalam jangka panjang berbanding penggunaannya untuk pemberian subsidi minyak.

Tuan Yang Di Pertua,

Perlu juga dijelaskan di sini bahawa, selain dari sumbangan-sumbangan yang disebutkan tadi, PETRONAS juga perlu membayar pinjamannya yang digunakan untuk mengembangkan operasinya. Pada tahun kewangan berakhir Mac 2007, baki pinjiman PETRONAS adalah sebanyak RM35.9 bilion.

PETRONAS juga melaksanakan tanggung jawab sosial korporat, antara lain, seperti berikut: –

Bidang pendidikan – menubuhkan Universiti Teknologi PETRONAS, Pusat Latihan Pengurusan PETRONAS (INSTEP), Akademi Laut Malaysia (ALAM) serta menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajat terpilih;

Bidang kesihatan – menyediakan pemeriksaan dan rawatan secara percuma kepada masyarakat luar Bandar di seluruh Malaysia melalui Klinik Mata Bergerak Tun Hussein Onn;

Bidang sukan – menaja Adventure Team, aktiviti sukan bermotor seperti Grand Pix PETRONAS F1 dan pasukan F1 Sauber – BMW PETRONAS. Di samping itu, PETRONAS turut menaja sukan lumba basikal seperti Le Tour de Langkawi;

Bidang kesenian – menaja penubuhan Galeri PETRONASA dan kumpulan Seni Persembahan PETRONAS (PPAG).

Selain itu, PETRONAS juga merupakan penabung tunggal kepada Kumpulan Wang Amanah Negara yang ditubuhkan pada tahun 1988 dengan tujuan untuk memastikan penggunaan optima sumber-sumber Negara yang menyusut bagi faedah generasi akan datang dan memberikan sumber pendapatan yang berterusan dan sustainable kepada Negara.


Petronas catat untung RM570b dari 1974-2007

KUALA LUMPUR 22 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, semenjak penubuhan Petronas pada tahun 1974 sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, syarikat petroleum negara itu telah mencatat keuntungan RM570.0 bilion.

Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah itu, Petronas telah membayar sebanyak 62.8 peratus atau RM357.8 bilion dalam bentuk cukai, royalti, duti eksport dan dividen kepada kerajaan Malaysia.

Tambahnya, sebanyak 7.2 peratus atau RM41.4 bilion adalah keuntungan yang diperuntukan kepada pemegang saham minoriti kumpulan dan perbelanjaan cukai luar negara.

“Sebanyak 30 peratus daripada keuntungannya atau RM170.8 bilion digunakan untuk pelaburan semula serta mengembangkan perniagaannya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berita ini dipetik dari laman Web Utusan Malaysia.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: