Sesi Soal Jawab Sidang Parlimen mengenai kelayakan sijil Malaysian Independent Chinese School

18 05 2008

Dewan Rakyat 15 Mei 2008

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Semua sedikit. Tadi saya sudah cakap, mereka sudah duduk. Nanti, tidak payahlah Yang Berhormat. Saya hendak pergi kepada Unified Examination Certificate.

Satu perkara baru yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman, kementerian sememangnya menerima Unified Examination Certificate yang dikeluarkan oleh Malaysian Independent Chinese Secondary School, tetapi sebagai kelayakan untuk masuk ke IPTS. Ia tidak diterima sebagai kelayakan masuk ke IPTA, ke Kolej Tunku Abdul Rahman dan program-program IPTS yang di franchise daripada IPTA, memandangkan sistem pengajaran dan pembelajaran MICSS ataupun Malaysian Independent Chinese Secondary School ini tidak mengguna pakai dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan. Sistem penilaian UEC tidak memenuhi dasar pendidikan kebangsaan kerana penilaian dibuat oleh badan penilaiannya sendiri dan bukan mengguna pakai penilaian yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu yang berkaitan dengan…

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Minta penjelasan.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: On this subject?

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Ya, on this subject.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Batu Gajah. Oh bukan, Yang Berhormat Serdang.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Serdang. Soalan saya, sekiranya universiti-universiti tempatan boleh terima pelajar-pelajar daripada luar negara, mereka juga menerima satu pendidikan yang berbeza dengan dasar kita dalam negara ini.

Kenapa universiti-universiti tempatan boleh terima pelajar-pelajar daripada luar negara dan tidak boleh menerima pelajar-pelajar yang menerima pendidikan di dalam negara ini walaupun saya tahu, dasarnya dan peperiksaan adalah berbeza. Apakah perbezaan yang terbesar di antara dasar pendidikan di Chinese Independent School, dengan izin dan dengan sekolah menengah kebangsaan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang telah saya katakan sebentar tadi, kita benarkan tetapi di IPTS. Mereka boleh memasuki IPTS sebagaimana juga kita benarkan pelajar-pelajar daripada luar negara untuk memasuki IPTS, jadi tidak ada masalah. Hanya untuk universiti awam, kita melihat kepada soal bahasa penghantarnya, kepada kurikulum yang digunakan oleh sekolah-sekolah ini dan juga oleh badan penilaiannya. Jadi ini isu yang sebenarnya yang membuatkan mereka, walaupun boleh masuk, dibenarkan untuk masuk IPTS tetapi tidak dibenarkan untuk digunakan masuk ke IPTA.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Bukankah itu benar bahawa IPTS-IPTS sekarang termasuklah Universiti Malaya dan lain-lain, sedang ada cadangan untuk membawa penuntut-penuntut dari luar negara juga dengan qualification yang lain dan juga Unified Examination ini diterima oleh universiti-universiti terkenal di seluruh dunia sebagai entrance exam yang boleh digunakan. Kenapa Malaysia yang ingin menjadikan satu world class education centre tidak menerima UEM ini?

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Dia soal kurikulum yang tidak menggunakan. Sebagai sekolah dalam negara yang tidak menggunakan kurikulum kebangsaan dan juga badan penilaian yang bukannya daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Saya rasa soalan saya belum dijawab lagi. Soalan saya ialah kenapa universiti-universiti tempatan boleh menerima pelajar daripada luar negara di mana penilaiannya juga berbeza?

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Standard daripada luar negara yang juga dilihat oleh kerajaan. Atas sebab itulah kita terima dari segi Lembaga Peperiksaan yang membuat penilaian terhadap pelajar-pelajar daripada luar negara yang mengambil peperiksaan di negara-negara mereka.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat PJ Utara, duduk dahulu Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Kita terima dia punya penilaian dan dia punya tahap standard yang digunakan. Begitu jugalah kurikulum yang diajar di sana. Jadi, itulah yang asas yang digunakan oleh kerajaan, tetapi yang penting ialah kita juga benarkan dia untuk memasuki IPTS.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: [Bangun]

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Cukuplah Yang Berhormat. Kalau tidak tak habis. Itulah jawapan. Okeylah, daripada Yang Berhormat Ipoh Timur sahaja.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Mengenai Unified Examination. Oleh sebab universiti-universiti terkemuka di dunia pun ada mengiktiraf peperiksaan ini dan menerima pelajar-pelajar Unified Examination. Kenapa kita tidak rela untuk satu mindset yang baru dan bukankah satu sebab kenapa Malaysia tertinggal di belakang dalam aliran persaingan, competitiveness ialah oleh sebab mindset kita mengenai sistem pendidikan dan lain-lain sangat retrogresif dan tidak boleh bersaing dengan dunia. Oleh kerana universiti-universiti terkemuka dianggap sebagai top university, boleh menerima common unified examination, bukankah masa sudah sampai untuk kita pun berubah fikiran kita.

Adakah selepas pilihan raya besar baru-baru ini, menteri-menteri, MCA, Gerakan, MIC kata mereka, satu sebab mereka tidak berani untuk kemukakan isu-isu penting semacam perkara ini. Adakah isu-isu sekarang dikemukakan ke dalam Kabinet supaya menteri-menteri MCA, MIC, Gerakan bukan berlagak sebagai apa Lim Keng Yaik berkata, ‘beggar ministers’ – pengemis, takut untuk kemukakan isu-isu yang penting. Adakah sekarang perkara ini dibangkitkan semula untuk dikaji perkara ini?

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Terima kasih Yang Berhormat. Perkara ini bukan sahaja dibawa oleh pihak pembangkang, tetapi juga oleh wakil-wakil rakyat daripada kerajaan. Seperti yang telah kita katakan, ketika ini pelajar-pelajar daripada sini diterima dalam IPTS dan kita akan buat kajian melihat sejauh manakah ia sebenarnya diterima di tempat-tempat lain dan ketika itulah baru kerajaan akan membuat keputusan. Okey, mengenai isu…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Pindah,pindah perkara yang lain Yang Berhormat.

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: [Bangun]

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Cukuplah, Chinese school lagi? Soal related Chinese school?

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Tuan Yang di-Pertua, bukan. Saya hendak bertanya berkaitan dengan IPTS Yang Berhormat, sedikit sahaja. Baru-baru ini, pihakkementerian ada membekukan pengambilan pelajar-pelajar daripada luar negara kerana merekamenggunakan visa pelajar tetapi bekerja di sini dan menjalankan aktiviti lain berupa sindiket dadah dan sebagainya. Apakah tindakan kementerian? Adakah hanya membekukan universitiuniversiti berkenaan, IPTS berkenaan tetapi membiarkan pelajar itu bermaharajalela di Malaysia ini? Itulah sahaja saya hendak minta.

Sesi soal jawab di atas dipetik dari URL:
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-15052008.pdf


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: