Sesi Soal Jawab Sidang Parlimen mengenai Badan Pencegah Rasuah

15 05 2008

Dewan Rakyat 13 Mei 2008

3. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan akan mengikut seruan rakyat untuk membebaskan Badan Pencegah Rasuah daripada kawalan Jabatan Perdana Menteri dan diletakkan di bawah Parlimen. Jika tidak, mengapa?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanan usaha pembanterasan rasuah melalui penambahbaikan dan penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah iaitu BPR kepada sebuah suruhanjaya. Kerajaan tidak berhasrat untuk meletakkan suruhanjaya tersebut di bawah tanggung jawab Parlimen secara khusus. Dalam struktur baru suruhanjaya, akan diwujudkan satu Lembaga Penasihat Bebas Pencegahan Rasuah serta satu Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah. Ahli-ahli Lembaga Penasihat Bebas Pencegah Rasuah akan dimaklumkan oleh pihak suruhanjaya mengenai kes-kes rasuah yang melibatkan kepentingan umum. Ahli-ahli Lembaga tersebut dapat memantau dan membuat pertanyaan lanjut mengenai kes-kes tersebut dan memberi syor-syornya mengenai tindakan lanjut yang sewajarnya. Pihak suruhanjaya tersebut juga akan membentangkan laporan tahunannya kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah.
Read the rest of this entry »

Advertisements