[Malaysiakini] S’jaya anti-rasuah tidak khusus bawah Parlimen

13 05 2008

Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia (SARM) yang akan ditubuhkan kelak, tidak akan diletakkan secara khusus di bawah tanggungjawab Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Katanya, mengikut struktur baru suruhanjaya itu, sebuah Lembaga Penasihat Bebas Pencegahan Rasuah serta Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah, akan diwujudkan.

Anggota Lembaga Penasihat Bebas Pencegahan Rasuah, tambahnya, akan dimaklumkan oleh pihak suruhanjaya mengenai kes-kes rasuah yang melibatkan kepentingan umum bagi membolehkan lembaga memantau dan membuat pertanyaan serta memberi syor untuk tindakan lanjut mengenai kes-kes tersebut.

Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) sama ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan bebas daripada kawalan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di  Dewan Rakyat hari ini, demikian menurut laporan Bernama.
“Suruhanjaya ini akan membentangkan laporan tahunannya kepada ahli-ahli Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah, dan dengan itu Lembaga Penasihat Bebas dan jawatankuasa parlimen itu akan dapat memastikan ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan fungsi suruhanjaya.

“Ini mewujudkan elemen akauntabiliti bagi setiap tindakan yang diambil,” kata Nazri.

Menjawab soalan Teo berhubung mengapa kerajaan tidak memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk membuat pendakwaan, beliau berkata Perlembagaan memperuntukkan kuasa pendakwaan terletak pada peguam negara.

Malaysia, katanya, mengamalkan undang-undang yang membezakan antara tugas membuat siasatan, mendakwa dan menghakimi bagi mengelak pertindihan tugas dan berlakunya konflik kepentingan.

Kepada pertanyaan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) sejauhmana Perdana Menteri tidak akan campurtangan, Nazri berkata soal pendakwaan berada sepenuhnya pada Peguam Negara yang bebas membuat keputusan sendiri.

Berita ini dipetik dari laman Web Malaysiakini .


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: