[Bernama] Tiada Cadangan Letak Suruhanjaya Anti Rasuah Di Bawah Parlimen

13 05 2008

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SARM) yang akan ditubuhkan kelak tidak akan diletakkan secara khusus di bawah tanggungjawab Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata mengikut struktur baru suruhanjaya itu, sebuah Lembaga Penasihat Bebas Pencegahan Rasuah serta Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah akan diwujudkan.

Anggota Lembaga Penasihat Bebas Pencegahan Rasuah akan dimaklumkan oleh pihak suruhanjaya mengenai kes-kes rasuah yang melibatkan kepentingan umum bagi membolehkan lembaga memantau dan membuat pertanyaan serta memberi syor untuk tindakan lanjut mengenai kes-kes tersebut, katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) sama ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan bebas daripada kawalan Jabatan Perdana Menteri.
“Suruhanjaya ini akan membentangkan laporan tahunannya kepada ahli-ahli Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah, dan dengan itu Lembaga Penasihat Bebas dan jawatankuasa parlimen itu akan dapat memastikan ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan fungsi suruhanjaya.

“Ini mewujudkan elemen akauntabiliti bagi setiap tindakan yang diambil,” kata Nazri.

Menjawab soalan Teo berhubung mengapa kerajaan tidak memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk membuat pendakwaan, beliau berkata Perlembagaan memperuntukkan kuasa pendakwaan terletak pada Peguam Negara.

Malaysia, katanya, mengamalkan undang-undang yang membezakan antara tugas membuat siasatan, mendakwa dan menghakimi bagi mengelak pertindihan tugas dan berlakunya konflik kepentingan.

Kepada pertanyaan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) sejauh mana Perdana Menteri tidak akan campur tangan, Nazri berkata soal pendakwaan berada sepenuhnya pada Peguam Negara yang bebas membuat keputusan sendiri.

Berita ini dipetik dari laman Web Bernama.


[Bernama] No Proposal To Place Anti-corruption Commission Under Parliament – Nazri

KUALA LUMPUR, May 13 (Bernama) — The proposed Malaysian Anti-Corruption Commission will not be placed specifically under parliament’s jurisdiction, the Dewan Rakyat was told on Tuesday.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz said under the commission’s structure, an independent anti-corruption advisory board and a parliamentary committee on anti-corruption would be set up.

He said members of the board would be notified by the commission on corruption cases involving public interest to enable the board to monitor and make further enquiries and recommendations.

“The commission will table its annual report to the parliamentary committee on anti-corruption, thereby ensuring transparency and effectiveness of the commission in executing its functions.

“This will create elements of accountability in every decision taken,” he said when replying to Teo Nie Ching (DAP-Serdang) who wanted to know whether the Anti-Corruption Agency would be free from the jurisdiction of the Prime Minister’s Department.

To a question from Teo on why the commission was not accorded with the power to prosecute, Mohamed Nazri said the Federal Constitution spelled out that such a power came under the ambit of the Attorney-General.

He said in Malaysia, investigation, prosecution and judgment were handled by different authorities to prevent overlapping of functions and conflict of interest.

To a question from Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) on the prime minister’s jurisdiction over the commission, Mohamed Nazri said prosecution was entirely decided by the Attorney-General.

This article is taken from Web portal of Bernama.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: