[Bernama] Draf Cadangan Pindaan AUKU Di Peringkat Akhir

8 05 2008

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Draf kertas cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kini di peringkat akhir dan pindaan itu dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji AUKU telah mengadakan 34 perjumpaan dan konsultasi dengan pelbagai pihak seperti anggota Parlimen, pengurusan universiti, persatuan kakitangan akademik, badan bukan kerajaan dan persatuan mahasiswa.

“Pindaan yang dibuat adalah untuk menambah baik peruntukan sedia ada, penelitian terhadap pindaan ke atas akta ini adalah bagi melahirkan mahasiswa yang lebih bersifat kreatif, kritis dan inovatif serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk suasana pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang ingin tahu mengenai kemajuan penggubalan AUKU dan bila pindaan berkenaan akan dibentangkan.

Mohamed Khaled berkata kementerian amat berhati-hati dengan cadangan pindaan terutama yang menyentuh pembabitan pelajar dalam politik kampus dan percambahan ideologi mahasiswa.

“Ia perlu mengambil kira semua pandangan pemegang kepentingan termasuk pelajar dan ibu bapa serta membuat pertimbangan sewajarnya supaya sebarang pindaan kepada akta tersebut tidak akan memberikan kesan yang tidak baik kepada keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya.

Berita ini dipetik dari laman Web Bernama


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: